Trend Tanam Rambut 2022

Trend tanam rambut 2022 semakin lama mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana, masalah keguguran rambut dan kebotakan tidak hanya melibatkan golongan tertentu dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tidak kira mereka yang daripada golongan elit mahupun rakyat biasa, pastinya boleh menghadapi masalah yang sama. Dalam situasi ini, walaupun dengan penggunaan produk rambut yang mahal namun jika ia tidak bersesuaian, masalah keguguran rambut dan kebotakan pasti akan berterusan dan meruncing. 

 

Ditambah pula dengan trend tanam rambut 2022 kini yang melibatkan ramai selebriti. Kehadiran mereka ini yang berpengaruh besar, amat membantu merancakkan lagi trend tanam rambut 2022 di Malaysia. Kehadiran selebriti-selebriti ini sebagai testimoni untuk mengiklankan perkhidmatan yang dijamin berkesan dan rendah risiko tersebut dilihat mampu memperkenalkan lagi apa itu prosedur tanam rambut kepada orang ramai di luar sana. 

Trend tanam rambut 2022 juga terlihat semakin berkembang dengan kemunculan pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok. Tidak kurang juga video memaparkan langkah-langkah terperinci prosedur tanam rambut dan testimoni daripada pelbagai individu terutamanya selebriti tempatan sebagaimana disebutkan tadi, dimuat naik di laman YouTube. Turun dipaparkan kesan prosedur selepas beberapa tempoh masa. Ini sekali gus memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada orang ramai yang sebelum ini menyangka tanam rambut sebagai satu prosedur yang ngeri dan menyakitkan.  

 

Dengan kehadiran premis tanam rambut yang semakin banyak saban hari terutamanya di bandar-bandar besar, setiap premis ini akan mencuba pendekatan masing-masing yang pelbagai untuk menarik minat pelanggan berkunjung ke premis mereka. Antara lain dengan meningkatkan mutu perkhimatan yang ditawarkan. Ini termasuklah dengan menyediakan kemudahan perubatan secara ‘one-stop-center’.

 

Dengan pertambahan kenderaan di jalan, tempoh untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain akan mengambil masa yang lebih lama untuk sampai berbanding sebelum ini. Jadi tidak hairanlah pengguna lebih berminat untuk mendapatkan segala produk dan perkhidmatan di bawah satu bumbung. Trend tanam rambut 2022 semakin berkembang dengan kehadiran ‘one-stop-center’ klinik sebagaimana Dr. Ruz Hair Transplant yang bernaung di bawah Klinik Interclinic. 

 

Klinik Interclinic menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti, rawatan pelangsingan badan, pemulihan wajah seperti anti-penuaan dan lingkaran hitam bawah mata, rawatan pemulihan kencing manis melalui pemakanan sihat, ujian darah dan saringan kesihatan, ujian kajian DNA untuk bakat, personaliti dan kesihatan kanak-kanak dan banyak lagi. Pendek kata, banyak pemeriksaan kesihatan yang  boleh dilakukan di Klinik Interclinic. Di sini, selain mempunyai barisan doktor yang berpengalaman, setiap prosedur yang dijalankan menepati standard yang diluluskan oleh Kementerian kesihatan Malaysia.

 

Selain perkhidmatan prosedur klinikal suasana persekitaran klinik yang selesa dan kondusif serta layanan staf klinik yang mesra sedikit sebanyak membantu pemulihan pesakit dengan lebih cepat. Emosi pesakit juga akan terjaga sepanjang tempoh prosedur dan pasca prosedur. Di Dr. Ruz Hair Transplant trend tanam rambut 2022 semakin meningkat permintaannya secara tidak langsung disebabkan kehadiran staf yang bukan sahaja dilatih secara profesional untuk melancarkan lagi prosedur tanam rambut, bahkan mereka juga mampu membantu pesakit dari segi mengawal emosi dan trauma terhadap prosedur tanam rambut yang dilihat ngeri dan menyakitkan. Dr. Ruz Hair Transplant yang terletak di kawasan yang mudah dikunjungi dengan kemudahan parkir kenderaan dan juga sistem LRT serta kemudahan sistem e-hailing, turut menjadi pemangkin kepada perkembangan trend tanam rambut 2022

 

Prosedur tanam rambut yang melibatkan proses yang pantas berbanding dahulu seperti kaedah FUE juga merancakkan lagi trend tanam rambut 2022. Apa tidaknya, prosedur yang cepat sembuh ini menyokong aktiviti masyarakat kini yang amat mementingkan kerjaya dan sentiasa perlu bersedia dari segi penampilan tanpa mengira masa. Sekiranya prosedur tanam rambut hanya melibatkan kaedah FUT seseorang yang telah menjalani prosedur tersebut perlu berehat daripada melakukan sebarang aktiviti di luar sekurang-kurangnya dua minggu. Jika tidak dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan dan iritasi yang serius di kawasan tempat luka. Dengan kaedah FUE seseorang itu sudah boleh melakukan aktiviti di luar seperti biasa keesokan harinya. Hanya aktiviti tertentu sahaja yang dilarang seperti berenang dan aktiviti lain yang boleh meningkatkan rembesan peluh. 

 

Pada mereka yang mengalami masalah hematophobia ataupun mabuk darah, kaedah FUE telah membantu peningkatan trend tanam rambut 2022 dikalangan golongan ini. Ini kerana kaedah FUT yang akan meninggalkan kesan luka yang lebih besar, pastinya tidak digemari oleh mereka yang berpenyakit hematophobia ini. Dengan wujudnya teknologi FUE kawasan luka adalah amat minimum. Ia akan segera sembuh dan berisiko rendah untuk berlaku iritasi.  

 

Kelebihan ‘pakej’ lengkap yang ditawarkan di Dr. Ruz Hair Transplant amat menyumbang kepada peningkatan trend tanam rambut 2022. Testimoni pelanggan yang telah berkunjung ke sana dapat dilihat secara jelas di laman sesawang di www.hairtransplant.my. Anda boleh membuat janji temu untuk konsultasi di laman tersebut dan dapatkan penerangan yang lebih terperinci daripada Dr. Ruz sendiri. Pastinya keyakinan penampilan anda adalah matlamat utama di Dr. Ruz Hair Transplant.

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

DR RUZ HAIR TRANSPLANT

Klinik Interclinic

No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Whatsapp 010-3819800

Facebook @DrRuzHAirTransplant

Instagram @DrRuzHairTransplant

 

dr ruz hair transplant senyum berambut kecik

Copyright © 2022 HairTransplant.my