Rawatan Rambut Murah oleh Dr Ruz

Hair transplant atau prosedur ‘tanam rambut’ ialah prosedur yang semakin popular sebagai salah satu rawatan masalah rambut di Malaysia. Di Dr Ruz Hair Transplant, anda boleh mendapatkan rawatan rambut murah sebagai penyelesaian masalah rambut gugur!

Tahukah anda bahawa seramai 50% daripada kaum lelaki, dan 40% daripada kaum wanita mengalami botak kepala secara genetik, atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Genetic Alopecia? Masalah ini seringkali mengundang keresahan dan kemurungan terutamanya bagi kaum wanita. Bukan sahaja itu, persepsi mereka terhadap masalah kebotakan ini bertambah teruk disebabkan impak psikososial. 

Rawatan tanam rambut atau “hair transplant” merupakan jalan penyelesaian terakhir bagi mereka yang menghadapi masalah rambut gugur yang teruk.  Hasilnya  boleh dilihat dengan lebih cepat dan tampak  semulajadi serta lebat berbanding alternatif lain. Kadar keberjayaan penanaman rambut juga adalah lebih tinggi daripada kaedah lain.  Beberapa selebriti tanah air seperti Riz Aman, PU Riz, Joey Rahman, Along Cham, dan Aliff Aziz merupakan antara contoh artis popular yang telah menjalani prosedur ini. 

Siapa sahaja yang tidak mahu nampak cantik dan tampan dengan rambut lebat tanpa membahayakan kesihatan dan keselamatan diri? Ramai orang yang mengalami masalah rambut melabur ratusan dan ribuan ringgit ke atas produk-produk penjagaan rambut, tetapi penyakit yang berpunca daripada masalah genetik ini adalah sukar untuk dirawat.

Sekiranya anda menghadapi masalah rambut gugur yang kronik, anda dialu-alukan di Dr Ruz Hair Transplant yang menawarkan pelbagai rawatan rambut murah untuk mendapatkan prosedur tanam rambut yang bersesuaian dengan keadaan rambut dan kulit kepala anda!

Berikut ialah perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Dr Ruz Hair Transplant:

 

Perundingan & Pemeriksaan Rambut

Doktor akan mencatat sejarah pesakit dan keluarga sebelum menjalankan pemeriksaan fizikal untuk mendapatkan diagnosis yang tepat berkenaan punca kebotakan dan keguguran rambut. Ujian darah dan biopsi kulit juga boleh dijalankan sekiranya diperlukan bagi siasatan yang lebih menyeluruh sebelum memutuskan kaedah rawatan yang bersesuaian dengan keadaan pesakit.

Rawatan Perubatan

Rawatan rambut murah bagi keguguran rambut dan kebotakan kulit kepala adalah berlainan mengikut punca masalah yang tersendiri. Rawatan yang dibekalkan adalah dalam bentuk tablet, ubat topikal seperti semburan Mlnoxidil, krim antibiotik, suntikan, syampu dan makanan tambahan untuk meningkatkan kesuburan rambut.

Terapi Laser

Terapi laser pada kulit kepala merupakan salah satu kaedah merawat penipisan rambut dan menghindar pembotakan yang lebih teruk. Penggunaan laser diod yang memancarkan gelombang sehingga 785nm atau 830nm adalah terbukti secara klinikal berkesan dalam merangsang pertumbuhan rambut.

PRP

Platelet Rich Plasma atau singkatannya, PRP merujuk kepada platlet yang mempunyai banyak elemen untuk membantu pertumbuhan dan kesihatan rambut. Platlet ini diekstrak dari darah pesakit sendiri.

Pemulihan dan Penanaman Rambut bagi Pertumbuhan Rambut Minimal 

Rawatan ini membolehkan pertumbuhan rambut di bahagian rambut mati atau botak. Prosedur rawatan ini dilakukan dengan mengambil rambut sihat dari bahagian lain dengan cara menuai dan mengekstrak. Prosedur ini dijalankan dengan menggunakan teknik FUT atau FUE. Kemudian, rambut yang telah dituai akan ditanam di bahagian yang telah botak (penerima) untuk mula mengeluarkan rambut. 

Tanaman Rambut

Pembotakan kepala boleh menyebabkan seseorang individu kurang keyakinan dan seterusnya boleh mengganggu kehidupan harian mereka. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kepala seperti androgenetic alopecia, scarring Alpecia atau parut yang menyebabkan pertumbuhan rambut terbantut, rawatan ini merupakan kaedah yang paling berkesan bagi masalah anda.

Tanam Bulu Kening

Sesetengah orang mengalami masalah bulu kening gugur disebabkan pelbagai faktor. Hal ini membawa kepada isu seseorang individu hilang keyakinan, malu dan rendah harga diri. Sememangnya bulu kening boleh tumbuh semula sekiranya tiada masalah timbul dalam proses pertumbuhan rambut. Walau bagaimanapun, bagi bulu kening yang tidak tumbuh semula secara kekal, bahagian yang tidak berambut itu hanya boleh diselamatkan melalui penanaman bulu kening. 

Tanam Jambang

Penanaman jambang boleh dilakukan untuk mendapatkan jambang yang simetri. Rawatan ini sesuai sekiranya anda seorang yang membela jambang, tetapi tidak simetri, ataupun anda mempunyai parut di bahagian jambang.

 

Dr Ruz bukan sahaja berhasrat untuk membantu anda dengan menawarkan rawatan rambut murah. Malahan, Dr Ruz juga bermatlamat untuk memulih semula keyakinan anda dengan membekalkan pelbagai jenis Rawatan Pemulihan Rambut dalam bentuk ubat makan, ubat sapu, terapi laser tahap rendah, tanaman rambut FUE dan lain-lain bergantung pada keadaan rambut.

Anda tak perlu khuatir kerana semua kaedah yang ditawarkan oleh Dr Ruz adalah terbukti secara klinikal! Di klinik tanam rambut Dr Ruz, walaupun kos rawatan rambut murah, kesihatan dan keselamatan anda tetap menjadi keutamaan!

Hal ini demikian kerana di klinik ini, anda boleh mendapat rawatan daripada doktor yang berkelayakan dan berpengalaman. Klinik ini menitikberatkan kualiti kerja, dan hasil kerja mereka yang terbukti berkesan turut menyumbang kepada prestasi mereka yang cemerlang. Bukan itu sahaja, anda turut dijanjikan layanan yang terbaik beserta servis-servis selepas rawatan.

 

Berminat untuk mendapatkan rawatan rambut murah? Anda boleh dapatkan maklumat secara menyeluruh di lawan web: https://hairtransplant.my/.

Hantar mesej anda melalui Whatsapp ke nombor 010-3819800 untuk membuat temujanji terlebih dahulu sebelum menghadiri sesi yang telah ditetapkan di Dr Ruz Hair Transplant yang bertapak di Klinik Interclinic beralamat No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor.

Akhir sekali, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut atau perkembangan berkenaan prosedur menanam rambut, anda hanya perlu layari laman sosial mereka di Facebook dan Instagram, @DrRuzHairTransplant!

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

DR RUZ HAIR TRANSPLANT

Klinik Interclinic

No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Whatsapp 010-3819800

Facebook @DrRuzHAirTransplant

Instagram @DrRuzHairTransplant

 

dr ruz hair transplant senyum berambut kecik

Copyright © 2022 HairTransplant.my