Rawatan Hair Transplant di Malaysia

Rawatan hair transplant di Malaysia bukanlah lagi suatu perkara yang asing bahkan kini kian mendapat sambut hangat dek kerana keberkesanannya. Hair transplant atau dikenali juga sebagai kaedah tanam rambut merupakan rawatan yang menggunakan teknik pembedahan yang menggerakkan folikel rambut individu kepada bahagian botak untuk merawat kebotakan.

Kebiasannya, rawatan hair transplant di Malaysia dimonopoli oleh pelanggan golongan lelaki berikutan pola kebotakan rambut mereka. Pola kebotakan yang dimaksudkan ialah kebotakan M iaitu kekurangan atau kebotakan pada bahagian hadapan kepala. Teknik ini telah lama diamalkan di Amerika Syarikat iaitu sekitar tahun 1950. 

Kebanyakan teknik hair transplant di Malaysia akan dimulakan dengan doktor membersihkn kulit kepala dan menyuntik bius pada bahagian rambut yang tertentu, Kemudian, prosedur pengambilan rambut daripada bahagian lain yang dikenali sebagai kawasan penderma akan diteruskan melalui proses kaedah jalur kulit atau FUE iaitu pengekstrakan unit follicular.

Teknik ini boleh memakan masa sekitar 4 ke 8 jam bergantung pada jumlah pemindahan rambut. Pendek kata, jika anda tidak memerlukan pemindahan rambut yang banyak, anda mungkin hanya perlu melalui prosedur ini sekitar 4 jam sahaja. 

Memandangkan rawatan hair transplant di Malaysia sudah pun dikenali dan ditawarkan di pelbagai pusat rawatan mahupun klinik persendirian, anda sewajarnya membuat pilihan yang tepat agar anda mendapat hasil yang diidamkan dengan selamat dan berkesan. 

Oleh itu, kami mengesyorkan anda untuk mencuba rawatan hair transplant di Dr Ruz Hair Transplant, pusat rawatan hair transplant yang terkenal di Malaysia. Mari kita lihat latar belakang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Dr Ruz Hair Transplant.

  1. Penubuhan Dr Ruz Hair Transplant

Dr Ruz Hair Transplant diusahakan oleh Dr Ruz iaitu seorang bertauliah yang telah berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta dalam pelbagai jabatan termasuklah bidang Perubatan, Pembedahan, Obstetrik, Ginekologi, Paediatrik, Ortopedik, Perubatan Kecemasan, dan Patologi.

Beliau kemudiannya menceburkan diri dalam bidang Perubatan Aestetik dan Perubatan Tanam Rambut selama 4 tahun sebelum membuka pusat rawatannya sendiri. Kini, Dr Ruz Hairtransplant dikenali sebagai salah satu pusat rawatan hair transplant di Malaysia yang amat dikenali dan dipercayai. 

Di pusat rawatan ini, hanya pakar bedah yang bertauliah dan berkemahiran yang akan mengendalikan prosedur hair transplant untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan teknik rawatan ini. Maka, tidak hairanlah mengapa rata-rata rakyat Malaysia berpusu-pusu mendapatkan rawatan di Dr Ruz Hair Transplant. 

  1. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Dr Ruz Hair Transplant

Sebagai salah satu pusat rawatan hair transplant di Malaysia yang bermutu tinggi dan dipercayai ramai, Dr Ruz Hair transplant pastinya menawarkan pelbagai teknik hair transplant yang menggunakan teknologi terkini dan selamat untuk digunakan.

Antaranya termasuklah Perubatan Oral, Perubatan Topikal, Terapi Laser Tahap Rendah, Pengekstrakan Unit Folikel Rambut dan pelbagai jenis rawatan sesuai untuk pelbagai masalah rambut yang dialami oleh pelanggan. 

Mereka menyediakan rawatan tersebut untuk membantu memulihkan keadaan rambut seseorang berdasarkan 8 pola kebotakan yang lazim berlaku yang tiap-tiap pola tersebut diikuti dengan 7 skala keguguran rambut yang berbeza.

Bukan itu sahaja, pusat rawatan ini juga pakar dalam melakukan prosedur hair transplant buat golongan lelaki dan juga wanita. Meskipun kebanyakan pusat rawatan hair transplant lain hanya memfokuskan kepada pelanggan lelaki, tetapi tidak bagi Dr Ruz Hair Transplant. 

Menyedari akan kewujudan penyakit Genetic Alopecia yang merujuk kepada kebotakan 50% pada golongan lelaki dan 40% pada golongan wanita, Dr Ruz Hair Transplant melihat kepada keperluan pelanggan dan berusaha membantu pelanggan untuk mengembalikan keyakinan diri tidak kira jantina. 

Maka tidak hairanlah mengapa Dr Ruz Hair Transplant kini menjadi salah satu pilihan utama rawatan hair transplant di Malaysia. Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan lanjut dan sesi konsultansi percuma, anda boleh menempah sesi konsultansi terlebih dahulu dengan melayari laman sesawang mereka di https://hairtransplant.my/ atau melalui Whatsapp +60103819800.

Anda juga boleh mengikuti mereka di laman sosial iaitu Facebook dan Instagram; Dr Ruz Hair Transplant, untuk melihat perkembangan, promosi, serta maklumbalas dan testimoni pelanggan. Sekiranya anda berminat untuk walk in, anda boleh ke lokasi Dr Ruz Hair Transplant yang terletak di Jalan USJ 21/10, Subang Jaya, Selangor. 

Rawat masalah rambut anda dengan segera di Dr Ruz Hair Transplant!

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

DR RUZ HAIR TRANSPLANT

Klinik Interclinic

No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Whatsapp 010-3819800

Facebook @DrRuzHAirTransplant

Instagram @DrRuzHairTransplant

 

dr ruz hair transplant senyum berambut kecik

Copyright © 2022 HairTransplant.my