Hair Transplant: Kos dan Teknik Tanam Rambut

Anda ada masalah bald spot atau rambut gugur? Anda berminat untuk tanam rambut tetapi runsing memikirkan bagaimana prosedur menanam rambut boleh tampak halus dan semulajadi? Lebih memeningkan kepala apabila memikirkan tentang kos rawatan. Di Dr Ruz Hair Transplant, anda tak perlu risau berkenaan kos dan teknik tanam rambut yang tidak masuk akal!

Tahukah anda bahawa seramai 50% daripada kaum lelaki, dan 40% daripada kaum wanita mengalami botak kepala secara genetik, atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Genetic Alopecia? Masalah ini seringkali mengundang keresahan dan kemurungan terutamanya bagi kaum wanita. Bukan sahaja itu, persepsi mereka terhadap masalah kebotakan ini bertambah teruk disebabkan impak psikososial. 

Ramai orang yang mengalami masalah ini banyak melabur ke atas produk-produk penjagaan rambut, tetapi penyakit yang berpunca daripada masalah genetik ini adalah sukar untuk dirawat. Oleh sebab itu, mereka disarankan prosedur tanam rambut, atau hair transplant sebagai sebuah jalan penyelesaian.

 

Teknik Tanam Rambut

Proses tanam rambut atau lebih dikenali dengan Transplantasi Rambut Follicular ini boleh dilakukan melalui dua jenis prosedur:

1) Transplantasi Unit Follicular atau singkatannya, FUT ialah sebuah teknik pemindahan kumpulan yang terdiri daripada satu hingga empat rambut yang dipanggil ‘unit folikel’. Unit-unit folikel ini terdiri daripada kelenjar sebum (minyak), otot kecil dan rambut ‘vellus’ yang halus. Unit ini dikeluarkan dari kawasan penderma rambut dan ditanam di kawasan penerima, iaitu bahagian yang mengalami penipisan atau kebotakan mengikut corak pertumbuhan rambut yang semulajadi. Prosedur ini dijalankan dengan menanam unit folikel di kawasan sasaran melalui pembedahan ‘stereomikroskopik’. Selepas pembedahan, prosedur ini kebiasaannya akan meninggalkan parut halus bagi penderma dan penerima apabila luka ditutup.

2) Sebaliknya, Pengekstrakan Unit Follicular (FUE) merupakan prosedur invasif yang minimum di mana unit folikel seseorang individu diambil dari kawasan penderma tanpa pembedahan. Unit folikel dituai dan ditanam di kawasan penerima, dan berbeza dengan FUT, prosedur FUE tidak meninggalkan luka ke atas kulit penderma. FUE kebiasaannya digunakan sekiranya pesakit telah mempunyai parut yang banyak ataupun kulit tidak sesuai untuk prosedur FUT.

 

Berapa kos satu sesi tanam rambut?

Sememangnya kos dan teknik tanam rambut merupakan soalan yang lazim didapati bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan rawatan, ataupun belajar tentang penanaman rambut.

Kos bagi prosedur tanam rambut adalah bergantung kepada dua perkara iaitu: 1) teknik doktor mengambil rambut baik dari bahagian ‘donor’ atau dari belakang kepala, dan 2) jumlah rambut yang diambil oleh doktor.

Manakala, kos purata untuk prosedur tanam rambut, sama ada teknik FUE atau FUT pula adalah antara RM6 hingga RM12 bagi setiap unit folikel rambut di kebanyakan pusat atau klinik penanaman rambut.

Perkara lain yang anda harus tahu sekiranya anda berminat untuk menjalani prosedur tanam rambut selain daripada kos dan teknik tanam rambut ialah perbezaan harga satu rambut (kos setiap rambut) dengan harga satu folikel rambut atau graft (kos setiap graft).

Secara umumnya, klinik akan menyebut harga secara kos bagi setiap folikel rambut atau graft. Satu ‘graft’ mempunyai dua atau tiga helai rambut. Oleh sebab itu, kos bagi satu graft adalah berlainan dengan kos bagi satu rambut. Anda amatlah disarankan supaya mendapatkan penjelasan daripada klinik atau doktor terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Tanam rambut perlu berapa sesi?

Mungkin anda tertanya-tanya: adakah proses tanam rambut ini memerlukan banyak sesi? Entah-entah jumlah kos dan teknik tanam rambut bagi setiap sesi itu yang mencekik darah!

Berita baik buat anda… hanya satu sesi sahaja sudah memadai untuk menyempurnakan satu prosedur tanam rambut ini! Anda hanya perlu menyediakan masa dan diri anda untuk satu sesi yang boleh mengambil masa yang agak panjang.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang masalah seperti ketumpatan pertumbuhan rambut yang dipindahkan tidak memenuhi jangkaan, penghalusan garis rambut dari pemindahan pertama ataupun keguguran rambut yang berlaku selepas pemindahan pertama, sesi kedua mungkin diperlukan. Hal ini akan ditentukan oleh doktor anda berdasarkan penilaian dan perancangan mengikut keadaan anda sebagai pesakit.


Jom ke klinik Dr Ruz Hair Transplant!

Antara kelebihan-kelebihan klinik ini ialah: anda boleh dapatkan rawatan daripada doktor yang berkelayakan dan berpengalaman, klinik ini menitikberatkan kualiti kerja dan hasil kerja mereka yang terbukti berkesan menyumbang kepada reputasi mereka yang kian cemerlang. Bukan itu sahaja, anda turut dijanjikan layanan yang terbaik beserta servis-servis selepas rawatan.

 

Dr Ruz Hair Transplant bermatlamat untuk memulih semula keyakinan anda dengan membekalkan pelbagai jenis Rawatan Pemulihan Rambut dalam bentuk ubat makan, ubat sapu, terapi laser tahap rendah, tanaman rambut FUE dan lain-lain bergantung pada keadaan rambut. Anda tak perlu khuatir kerana semua kaedah yang ditawarkan oleh Dr Ruz adalah terbukti secara klinikal!

 

Anda berminat untuk mendapatkan rawatan tanam rambut Dr Ruz? Anda boleh dapatkan maklumat secara menyeluruh di lawan web mereka: https://hairtransplant.my/. Anda juga boleh menghantar mesej melalui Whatsapp ke nombor 010-3819800 untuk membuat temu janji terlebih dahulu.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut serta sebarang khabar atau perkembangan yang berkenaan, anda hanya perlu layari laman sosial mereka di Facebook dan Instagram, @DrRuzHairTransplant!

Bagi perbincangan yang lebih terperinci berkenaan kos dan teknik tanam rambut yang sesuai, anda boleh terus ke Dr Ruz Hair Transplant bertapak di Klinik Interclinic yang beralamat No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor.

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

DR RUZ HAIR TRANSPLANT

Klinik Interclinic

No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Whatsapp 010-3819800

Facebook @DrRuzHAirTransplant

Instagram @DrRuzHairTransplant

 

dr ruz hair transplant senyum berambut kecik

Copyright © 2022 HairTransplant.my