Harga Tanam Rambut 2021

Mendapatkan rawatan hair transplant atau tanam rambut di Malaysia bukanlah suatu perkara baru dalam kalangan masyarakat kita. Namun, harga tanam rambut 2021 menjadi persoalan utama lebih-lebih lagi kerana ia sering dikaitkan dengan harga yang agak tinggi iaitu sekitar RM 5,000 ke RM 50,000. 

Rawatan tanam rambut menggunakan teknologi terkini dengan menggerakkan folikel rambut individu kepada bahagian botak untuk merawat kebotakan melalui prosedur pembedahan. Ia juga memakan masa kira-kira 4 hingga 8 jam bagi setiap prosedur mengikut jumlah rambut.

Prosedur ini hanya boleh dilakukan di pusat-pusat hair transplant yang berdaftar dan dilakukan oleh pakar. Ini kerana tekniknya yang kompleks dan memerlukan kemahiran, pengalaman, dan pengetahuan dalam mengendalikan sesuatu prosedur. 

Tahukah anda mengapa harga tanam rambut 2021 boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit? Pertama sekali anda harus tahu bahawa terdapat dua jenis prosedur tanam rambut iaitu Follicular Unit Transplantation (FUT) dan Follicular Unit Extraction Hair Transplant (FUE). Apakah pula perbezaan antara kedua-dua teknik ini? 

Teknik FUT melibatkan pemindahan kumpulan rambut yang terdiri daripada 1 hingga 4 rambut sebagai unit folikel, dari kawasan penderma rambut ke kawasan penerima. Teknik ini menggunakan prosedur stereomikroskopik dan kebiasaannya meninggalkan parut halus.

Manakala, teknik FUE melibatkan pengambilan unit folikel individu dari kawasan penderma tanpa pembedahan. Sebaliknya, unit folikel akan dituai dan ditanam di kawasan penerima. Ia juga tidak meninggalkan parut halus dan digunakan untuk kulit yang tidak sesuai bagi FUT.

Berbalik kepada persoalan harga tanam rambut 2021, kos tanam rambut sebenarnya bergantung kepada bahagian rambut serta jumlah rambut yang hendak dipindahkan. Terdapat lima bahagian rambut dengan jumlah unit folikel yang berbeza.

Lima bahagian tersebut ialah small temple recession dengan jumlah 1000 folikel, large temple recession dengan jumlah 1500 folikel, front dengan jumlah 500 folikel, front middle sebanyak 2000 folikel, small crown dengan 1000 folikel, dan akhir sekali bahagian large crown dengan 2000 folikel.

Secara purata, kos tanam rambut dalam lingkungan RM 6 ke RM 12 bagi setiap folikel rambut sama ada melalui prosedur FUE atau FUT. Maka, tidak hairanlah mengapa kebanyakan harga tanam rambut 2021 agak tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit. 

Meskipun begitu, harga tanam rambut 2021 di negara kita masih diklasifikasikan antara kos yang rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Ini mungkin disebabkan oleh permintaan dan keperluan pelanggan serta persaingan yang tinggi. Lebih mudah dikatakan, semakin rendah kos yang dikenakan, semakin ramai pelanggan yang datang. 

Dalam mencari pusat rawatan tanam rambut yang menawarkan harga yang murah, anda juga sewajarnya menitikberatkan kualiti dan kredibiliti sesebuah pusat rawatan. Antara pusat rawatan tanam rambut yang patut anda pertimbangkan ialah Dr. Ruz Hair Transplant.  

Dr Ruz Hair Transplant merupakan 100% milik bumiputera dan diusahakan oleh Dr Ruz iaitu seorang doktor pakar dalam bidang Perubatan Aestetik dan Perubatan Tanam Rambut. Setiap sesi termasuklah sesi konsultansi sehingga prosedur rawatan dikendalikan oleh pakar-pakar bedah yang bertauliah. 

Dr Ruz Hair Transplant juga menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk merawat semua jenis masalah rambut yang dialami pelanggan iaitu Perubatan Oral, Perubatan Topikal, Terapi Laser Tahap Rendah, FUE dan juga FUT, dengan mensasarkan  8 pola kebotakan yang lazim berlaku dan 7 skala keguguran rambut bagi setiap pola.

Pendek kata, segala masalah rambut anda pasti akan diuruskan dengan berkesan oleh pakar-pakar di Dr Ruz Hair Transplant. Bukan itu sahaja, pusat rawatan ini turut menyediakan prosedur tanam rambut buat golongan lelaki dan juga wanita. 

Golongan wanita juga tidak perlu risau kerana terdapat pakar wanita yang sedia untuk memberikan sesi konsultansi dan melakukan prosedur tanam rambut untuk anda. Ini membuktikan bahawa Dr Ruz Hair Transplant amat mementingkan keselesaan pelanggan. 

Yang paling penting, Dr Ruz Hair Transplant menawarkan harga tanam rambut 2021 yang berpatutan. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang harga dan pakej yang ditawarkan, sila layari laman sesawang mereka di https://hairtransplant.my/.

Anda juga boleh menempah sesi konsultansi percuma melalui Whatsapp +60103819800. Sekiranya anda berminat untuk walk in, anda boleh ke lokasi Dr Ruz Hair Transplant yang terletak di Jalan USJ 21/10, Subang Jaya, Selangor. 

Ayuh rawat masalah rambut anda dengan Dr Ruz Hair Transplant!

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

DR RUZ HAIR TRANSPLANT

Klinik Interclinic

No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Whatsapp 010-3819800

Facebook @DrRuzHAirTransplant

Instagram @DrRuzHairTransplant

 

dr ruz hair transplant senyum berambut kecik

Copyright © 2022 HairTransplant.my