Trend Tanam Rambut 2023
Trend penanaman rambut 2023 semakin popular di kalangan rakyat Malaysia kerana masalah keguguran rambut dan kebotakan bukan lagi hanya dialami oleh golongan tertentu, tetapi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Walaupun menggunakan produk rambut yang mahal, masalah keguguran rambut dan kebotakan tetap berterusan dan meruncing jika ia tidak sesuai dengan individu. Trend ini semakin berkembang dengan kehadiran selebriti yang muncul sebagai testimoni dan mengiklankan perkhidmatan yang dijamin berkesan dan rendah risiko untuk menjelaskan prosedur tanam rambut kepada orang ramai di luar sana.
Kemunculan platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok turut memperkembangkan trend penanaman rambut 2023. Video yang memaparkan langkah-langkah terperinci prosedur tanam rambut dan testimoni daripada pelbagai individu, terutamanya selebriti tempatan dimuat naik di laman YouTube. Dengan kehadiran premis tanam rambut yang semakin banyak, setiap premis ini akan mencuba pendekatan masing-masing yang pelbagai untuk menarik minat pelanggan berkunjung ke premis mereka. Antara lain dengan meningkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan dan menyediakan kemudahan perubatan secara ‘one-stop-center’.
Trend penanaman rambut 2023 semakin berkembang dengan kehadiran ‘one-stop-center’ klinik seperti Dr. Ruz Hair Transplant yang bernaung di bawah Klinik Interclinic. Dr Ruz Hair Transplant menawarkan prosedur tanam rambut dengan staf yang berpengalaman yang mampu membantu pesakit mengawal emosi dan trauma terhadap prosedur tanam rambut yang dilihat ngeri dan menyakitkan. Dr. Ruz Hair Transplant terletak di kawasan yang mudah dikunjungi dengan kemudahan parkir kenderaan dan sistem LRT serta kemudahan sistem e-hailing.
Prosedur tanam rambut yang melibatkan proses yang pantas berbanding dahulu seperti kaedah FUE juga merancakkan lagi trend penanaman rambut 2023. Prosedur yang cepat sembuh ini menyokong aktiviti masyarakat khususnya golongan kerja yang tidak mahu mengambil cuti yang panjang untuk menjalankan prosedur tanam rambut.
Kesimpulannya, trend penanaman rambut 2022 semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia dan terus berkembang dengan pesat kerana perkembangan teknologi dan kemudahan fasiliti yang menyediakan perkhidmatan penanaman rambut yang semakin mudah untuk diakses masyarakat.