Rawatan Tanam Rambut di Kuala Lumpur

Anda ada mengalami masalah keguguran rambut sehingga hampir botak? Pening memikirkan cara untuk mengatasinya? Rawatan tanam rambut Kuala Lumpur dapat membantu menyelesaikan masalah ini dengan berkesan. 

 

Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan rawatan tanam rambut Kuala Lumpur ini.

 

Rawatan tanam rambut yang juga dikenali sebagai transplantasi rambut adalah prosedur pembedahan untuk mengeluarkan folikel rambut dari mana-mana bahagian badan dan menanamnya semula ke kawasan yang kekurangan rambut atau kawasan yang tidak mempunyai rambut. 

 

Proses ini dikenali sebagai Transplantasi Rambut Follicular. Rawatan ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua jenis prosedur iaitu Transplantasi Unit Follicular (FUT) atau Follicular Unit Extraction (FUE).

 

Transplantasi Unit Follicular(FUT) adalah teknik tanam rambut kuala lumpur  dengan pemindahan yang melibatkan kumpulan yang terdiri daripada satu hingga empat helai rambut yang dikenali sebagai unit folikel. Unit-unit folikel ini terdiri daripada kelenjar sebum, otot kecil dan rambut vellus halus yang kadang-kala dikeluarkan dari kawasan penderma rambut dan dimasukkan ke kawasan penerima iaitu kawasan yang mengalami penipisan rambut atau botak. Teknik ini melibatkan penanaman unit folikel di kawasan sasaran melalui pembedahan stereomikroskopik. Kaedah ini akan meninggalkan parut halus apabila tepi luka ditutup.

 

Bagi prosedur Follicular Unit Extraction(FUE) pula, ianya merupakan prosedur invasif yang minimum kerana ia melibatkan pengambilan unit folikel individu dari kawasan penderma, sehelai rambut tanpa pembedahan. Doktor akan menuai unit folikel dan menanamnya semula di kawasan botak. FUE tidak meninggalkan kesan luka donor linear seperti kaedah FUT. FUE seringkali akan digunakan kepada pesakit yang telah mempunyai parut yang banyak dan kulit yang tidak sesuai untuk prosedur FUT.

 

Mesti anda tertanya-tanya, adakah prosedur tanam rambut kuala lumpur ini menyakitkan? 

 

Selalunya bius setempat akan diberikan ke kawasan yang disasarkan dan langkah ini akan mengurangkan ketidakselesaan semasa proses pemindahan tersebut dijalankan.

 

Rawatan tanam rambut kuala lumpur boleh dilakukan untuk mereka yang sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang  berisiko tinggi seperti diabetes, HIV, dan masalah jantung. 

Kebiasaannya orang yang selalu hadir untuk mendapatkan rawatan tanam rambut ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai Alopecia areata iaitu rambut gugur secara berkelompok, kebotakan corak lelaki atau corak perempuan, rambut nipis secara semulajadi, garis rambut yang tinggi, parut atau luka kebakaran di kepala, mempunyai kening nipis dan juga janggut atau misai yang nipis.

 

Adakah prosedur ini akan meninggalkan kesan ?

 

Ya, mungkin anda akan merasa sakit dan mengalami bengkak selepas menjalani prosedur tersebut. Antara ubat-ubatan yang anda perlu ambil termasuklah antibiotik untuk mengelakkan risiko jangkitan, ubat anti keradangan untuk mengurangkan bengkak dan juga vitamin serta tonik rambut. 

 

Kebanyakan pesakit akan kembali bekerja beberapa hari selepas pembedahan. 

Anda mungkin akan dapat lihat beberapa kerak yang terbentuk  di sekitar setiap folikel  selepas prosedur dan ianya akan mengambil masa hampir seminggu untuk sembuh. Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa sekitar tujuh hingga sepuluh hari selepas prosedur.

 

Dalam tiga minggu pertama selepas rawatan tanam rambut kuala lumpur, sebahagian rambut akan gugur sementara. Tapi jangan risau, hanya bahagian atas rambut yang gugur, meninggalkan akar rambut di dalam liang roma. Akar rambut ini akan menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang lain. 

 

Pesakit yang telah melalui transplantasi, rambut akan terus mengalami proses pertumbuhan  di kawasan yang dipindahkan. Antara faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan rambut termasuklah kelewatan kulit kepala iaitu bagaimana longgar kulit kepala anda, ketumpatan folikel di zon yang dipindahkan, follikel yang berkaliber atau berkualiti dan juga rambut curl.

 

Kebiasaannya doktor akan menggunakan minoksidil atau propecia iaitu ubat pertumbuhan rambut untuk memperbaiki pertumbuhan semula rambut yang dipindahkan. 

 

Berapakah harga rawatan tanam rambut kuala lumpur ini?

 

Kos tanam rambut ini bergantung kepada dua perkara. Antaranya, teknik doktor mengambil rambut sama ada di bahagian “donor” area atau dari belakang kepala. Selain itu ia bergantung juga kepada jumlah rambut yang di ambil oleh doktor. Kos purata untuk prosedur ini sama ada teknik FUT atau FUE adalah dalam lingkungan RM6 sehingga RM12 bagi setiap folikel rambut yang terlibat.

 

Masakini terdapat banyak pusat kecantikan menawarkan rawatan tanam rambut pada harga yang sangat murah. Namun, anda dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan dari doktor professional yang sah supaya rawatan tersebut lebih selamat.

 

Antara risiko yang mungkin timbul jika rawatan tersebut dilakukan oleh pengamal kesihatan yang tidak bertauliah ialah ubat bius akan teralih ke kawasan lain, yang akan menyebabkan muka anda bengkak dan lumpuh, pembuluh darah pecah dan juga pembentukkan darah beku.

 

Pemilihan klinik rawatan tanam rambut dengan doktor yang terlatih amatlah penting agar rawatan tanam rambut yang bakal anda jalani akan memberikan hasil yang memuaskan serta selamat dan tidak memudaratkan diri anda.

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

DR RUZ HAIR TRANSPLANT

Klinik Interclinic

No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Whatsapp 010-3819800

Facebook @DrRuzHAirTransplant

Instagram @DrRuzHairTransplant

 

dr ruz hair transplant senyum berambut kecik

Copyright © 2022 HairTransplant.my