Rawatan dan Prosedur Tanam Rambut yang terdapat di KL

Botak, masalah rambut yang menakutkan semua orang kini menjadi masalah alaf baharu yang menjejaskan sekitar 35 juta lelaki dan 21 juta wanita di seluruh dunia. Walaupun ia seringkali dialami oleh golongan lelaki, semakin ramai wanita tidak terlepas daripada masalah ini. Terdapat pelbagai penyebab kebotakan, antaranya ialah keguguran rambut yang teruk, masalah hormon dan juga pemakanan. Tapi jangan risau, ada jalan penyelesaian yang telah ditemui untuk menangani masalah botak ini. Antaranya adalah dengan melakukan rawatan tanam rambut KL.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan rawatan tanam rambut KL ini? Jom kita lihat prosedur-prosedur yang terlibat serta harga rawatan ini di Malaysia.

 

Rawatan tanam rambut yang juga dikenali sebagai transplantasi rambut adalah prosedur pembedahan untuk mengeluarkan folikel rambut dari mana-mana bahagian badan dan menanamnya semula ke kawasan yang kekurangan rambut atau kawasan yang tidak mempunyai rambut. 

 

Proses ini dikenali sebagai Transplantasi Rambut Follicular. Rawatan ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua jenis prosedur iaitu Transplantasi Unit Follicular (FUT) atau Follicular Unit Extraction (FUE). Kedua-dua kaedah ini dilakukan dengan diberikan bius setempat atau “local anaesthesia”. 

 

Transplantasi Unit Follicular(FUT) adalah teknik menuai rambut penderma atau “donor hair” dengan memotong sebahagian kulit rambut penderma mengikut ukuran tertentu bergantung kepada jumlah rambut yang ingin di tanam. Kulit yang dipotong dikeluarkan dan kulit asal dijahit semula untuk menutup luka. Kulit yang telah dikeluarkan ini diperiksa dan rambut yang terdapat disitu dipisahkan dari kulit mengikut kumpulan Folikel Graf atau “Follicle Graft” . Follicle Graft  melibatkan kumpulan yang terdiri daripada satu hingga empat helai rambut yang dikenali sebagai unit folikel. Unit-unit folikel ini terdiri daripada kelenjar sebum, otot kecil dan rambut vellus halus yang dikeluarkan dari kawasan penderma rambut dan dimasukkan ke kawasan penerima iaitu kawasan yang mengalami penipisan rambut atau botak. Teknik ini melibatkan penanaman unit folikel di kawasan sasaran melalui pembedahan stereomikroskopik. Kaedah ini akan meninggalkan parut halus apabila tepi luka ditutup.

 

Bagi prosedur Follicular Unit Extraction(FUE) pula, ianya merupakan prosedur invasif yang minimum kerana ia melibatkan pengambilan unit folikel individu dari kawasan penderma, sehelai rambut tanpa pembedahan. Doktor akan menuai unit folikel terus dari kulit kepala dan menanamnya semula di kawasan botak. FUE tidak meninggalkan kesan luka donor linear seperti kaedah FUT. FUE seringkali akan digunakan kepada pesakit yang telah mempunyai parut yang banyak dan kulit yang tidak sesuai untuk prosedur FUT.

 

Berapakah harga rawatan tanam rambut KL ini?

Kos tanam rambut KL ini bergantung kepada dua perkara. Antaranya, teknik doktor mengambil rambut sama ada di bahagian “donor” area atau dari belakang kepala. Selain itu ia bergantung juga kepada jumlah rambut yang di ambil oleh doktor. Kos purata untuk prosedur ini sama ada teknik FUT atau FUE adalah dalam lingkungan RM6 sehingga RM12 bagi setiap folikel rambut yang terlibat.

 

Masakini terdapat banyak pusat kecantikan menawarkan rawatan tanam rambut pada harga yang sangat murah. Namun, anda dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan dari doktor professional yang sah supaya rawatan tersebut lebih selamat.

 

Antara risiko yang mungkin timbul jika rawatan tersebut dilakukan oleh pengamal kesihatan yang tidak bertauliah ialah ubat bius akan teralih ke kawasan lain, yang akan menyebabkan muka anda bengkak dan lumpuh, pembuluh darah pecah dan juga pembentukkan darah beku.

 

Adakah prosedur tanam rambut KL ini akan meninggalkan kesan ?

 

Ya, mungkin anda akan merasa sakit dan mengalami bengkak selepas menjalani prosedur tersebut. Antara ubat-ubatan yang anda perlu ambil termasuklah antibiotik untuk mengelakkan risiko jangkitan, ubat anti keradangan untuk mengurangkan bengkak dan juga vitamin serta tonik rambut.Kebanyakkan pesakit akan kembali bekerja beberapa hari selepas pembedahan. 

 

Anda mungkin akan dapat lihat beberapa kerak yang terbentuk  di sekitar setiap folikel selepas prosedur dan ianya akan mengambil masa hampir seminggu untuk sembuh. Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa sekitar tujuh hingga sepuluh hari selepas prosedur.

 

Dalam tiga minggu pertama selepas rawatan, sebahagian rambut akan gugur sementara. Tapi jangan risau, hanya bahagian atas rambut yang gugur, meninggalkan akar rambut di dalam liang roma. Akar rambut ini akan menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang lain. 

 

Pesakit yang telah melalui transplantasi, rambut akan terus tumbuh di kawasan yang dipindahkan. Antara faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan rambut termasuklah kelewatan kulit kepala iaitu bagaimana longgar kulit kepala anda, ketumpatan folikel di zon yang dipindahkan, follikel yang berkaliber atau berkualiti dan juga rambut curl atau kerinting.

 

Kebiasaannya doktor akan menggunakan minoksidil atau propecia iaitu ubat pertumbuhan rambut untuk memperbaiki pertumbuhan semula rambut yang dipindahkan.

 

Rawatan tanam rambut KL ini menjadi penyelesaian untuk mereka yang menghadapi masalah rambut gugur yang kronik sehingga menyebabkan kebotakan. Hasil yang diperolehi akan nampak lebih semulajadi dengan kadar pertumbuhan yang lebih lebat dan cepat berbanding alternatif yang lain.

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

DR RUZ HAIR TRANSPLANT

Klinik Interclinic

No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Whatsapp 010-3819800

Facebook @DrRuzHAirTransplant

Instagram @DrRuzHairTransplant

 

dr ruz hair transplant senyum berambut kecik

Copyright © 2022 HairTransplant.my