Prosedur Tanam Rambut Murah di Malaysia

Masalah keguguran rambut yang ekstrem sehingga menyebabkan masalah botak merupakan fenomena yang sering ditakuti oleh pelbagai golongan masyarakat. Sehinggakan ramai yang mencari perkhidmatan tanam rambut murah. Dahulu kerap dikatakan bahawa masalah botak yang ketara hanya dialami oleh golongan lelaki. Namun disebabkan pelbagai faktor terutamanya cara hidup kini, golongan wanita juga tidak terkecuali mengalami masalah yang sama.  

Terdapat pelbagai penyebab yang mengundang masalah keguguran rambut. Antaranya seperti tekanan samada secara fizikal ataupun emosi dan hipotiroidisme, iaitu kurangnya pengeluaran hormon tertentu oleh tiroid. 

Penyakit autoimun juga merupakah salah satu penyebab berlakunya masalah keguguran rambut. Ia berlaku apabila sistem imun badan tersalah menyerang dan memusnahkan tisu badan yang sihat. Tabiat seperti suka menarik rambut atau mengikat rambut dengan kuat dalam tempoh masa yang lama juga turut menyumbang kepada masalah keguguran rambut.

Dengan teknologi terkini, rawatan tanam/transplan rambut diperkenalkan. Ia adalah prosedur mengeluarkan folikel rambut pada mana-mana bahagian badan dan menanamnya semula pada bahagian yang berambut nipis atau bermasalah botak.

Prosedur ini dikenali sebagai Transplan Folikel Rambut (Hair Follicular Transplant). Prosedur ini dijalankan dengan menggunakan dua kaedah iaitu Follicular Unit Transplant (FUT) dan Follicular Unit Extraction (FUE). Bagi kedua-dua prosedur ini bius setempat ataupun ‘local anaesthesia’ akan digunakan bagi mengurangkan ketidakselesaan pesakit semasa prosedur dilaksanakan. 

FUT adalah prosedur di mana doktor akan menuai rambut penderma (donor hair) dengan memotong sebahagian kulit kepala pada bahagian rambut penderma berdasarkan ukuran tertentu mengikut kuantiti rambut yang ingin ditanam. Bahagian kulit kepala yang dipotong akan dijahit semula bagi menutup bahagian luka. kulit kepala yang telah diambil tadi akan dipisahkan rambutnya mengikut kumpulan folikel graf. 

Folikel graf melibatkan antara satu sehingga empat helai rambut yang dikenali sebagai unit folikel. Unit folikel pula terdiri daripada kelenjar sebum, otot kecil serta rambut vellus halus. Unit folikel ini akan ditanam di kawasan penerima iaitu kawasan yang berambut nipis ataupun botak. Pembedahan secara stereomikroskopik akan dilakukan untuk menjayakan prosedur ini. Parut halus akan kelihatan apabila bahagian tepi luka ditutup. 

Bagi prosedur FUE pula, tiada pembedahan yang akan berlaku. Doktor akan menuai unit folikel terus daripada kulit kepala dan menanamnya semula di bahagian kawasan yang dikehendaki. FUE tidak meninggalkan kesan luka seperti mana kaedah FUT. Prosedur FUE akan dilakukan kepada pesakit yang mempunyai parut yang banyak ataupun kulit yang tidak bersesuaian bagi prosedur FUT.

Harga rawatan bagi proses tanam rambut adalah berdasarkan kepada teknik yang digunakan oleh doktor semasa menuai rambut samada di bahagian ‘donor’ ataupun di bahagian belakang kepala. Kuantiti rambut yang digunakan juga akan menentukan keseluruhan harga rawatan. Rawatan tanam rambut yang melibatkan prosedur FUT ataupun FUE tadi, secara puratanya adalah diantara RM6 sehingga RM12 untuk setiap satu folikel rambut yang diperlukan.

Prosedur tanam rambut murah masih lagi boleh didapati di Malaysia. Ini terbukti apabila ramai individu dari luar negara yang mengalami masalah rambut gugur datang ke Malaysia semata-mata bagi mendapatkan perkhidmatan tanam rambut murah. 

Antara faktor yang menyumbang kepada tanam rambut murah di Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Persaingan yang tinggi

Persaingan yang tinggi dikalangan doktor bertauliah yang menjalankan perkhidmatan ini merupakan salah satu penyebab terbesar mengapa harga tanam rambut murah di Malaysia. Kos perkhidmatan tanam rambut yang rendah berbanding pesaing yang lain pastinya akan menarik lebih banyak individu yang bermasalah tersebut untuk berkunjung. Perkhidmatan tanam rambut menjadi semakin murah disebabkan premis tanam rambut berlumba-lumba menurunkan harga bagi perkhidmatan yang ditawarkan. Jadi tidak hairanlah perkhidmatan tanam rambut murah di Malaysia dikenali sehingga melepasi sempadan antarabangsa.

  1. Kos Operasi

Di negara-negara barat, kos operasi tanam rambut adalah terlalu tinggi. Prosedur ini sangat mahal sehinggakan hanya golongan kaya dan kenamaan sahaja boleh memikirkan untuk menjalani prosedur tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan ini sama sekali berbeza di Malaysia. Oleh kerana negara ini bebas dalam pembuatan dan pengeluaran peralatan perubatan, ia menawarkan kaedah operasi yang menjimatkan kos. Jadi tidak hairanlah kos tanam rambut murah di Malaysia sehingga 60 peratus lebih rendah berbanding negara-negara barat.

  1. Jumlah rambut

Jumlah rambut juga merupakan faktor penting dalam menentukan kos tanam rambut. Semakin banyak kuantiti rambut yang digunakan, semakin tinggi jumlah kos yang terlibat. Doktor-doktor terbaik secara komprehensif cuba membimbing bakal pelanggan dan memberitahu mereka kuantiti rambut yang     diperlukan. Jika masalah ini dapat diselesaikan menggunakan kuantiti rambut yang lebih sedikit, mereka tidak akan menyusahkan pelanggan dengan meminta menggunakan kuantiti rambut yang lebih banyak dan melabur melebihi keperluan.

  1. Prosedur yang digunakan

Tanam rambut boleh dilakukan dalam beberapa cara. Tetapi di Malaysia, biasanya hanya dua jenis prosedur yang digunakan iaitu samada menggunakan kaedah tanam rambut melalui prosedur pembedahan ataupun kaedah tanam rambut tanpa melalui prosedur pembedahan.

Apabila tanam rambut dengan melibatkan prosedur pembedahan, seharusnya ia mempunyai kos yang lebih tinggi kerana melibatkan penggunaan peralatan perubatan dan mesin yang canggih. Prosedur tanam rambut murah iaitu tanpa melibatkan pembedahan pula adalah sangat berpatutan kerana ia hanya bergantung kepada kepadatan, panjang, dan saiz rambut yang perlu diganti.

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan khidmat tanam rambut murah dan berkualiti, tidak perlu untuk mencari perkhidmatan tersebut di luar negara. Ini kerana Malaysia turut mempunyai doktor-doktor terlatih terbaik yang diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa.

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

DR RUZ HAIR TRANSPLANT

Klinik Interclinic

No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Whatsapp 010-3819800

Facebook @DrRuzHAirTransplant

Instagram @DrRuzHairTransplant

 

dr ruz hair transplant senyum berambut kecik

Copyright © 2022 HairTransplant.my