KENAPA RAMBUT GUGUR

Kadang-kadang kita pening memikirkan. Kenapa rambut gugur? Betul tak? Rambut merupakan mahkota bagi wanita dan lelaki. Rambut penting bagi penampilan yang lebih kemas dan cantik. Tapi ramai antara kita tak kira lelaki mahupun wanita yang mengalami masalah rambut gugur. Berbagai-bagai cara dilakukan, untuk mencegahnya, tetapi kenapa rambut gugur lagi ni?

Jadi apa kata, kita tengok dulu punca-punca kenapa rambut gugur.

 

Punca kenapa rambut gugur 

Antara punca masalah rambut adalah:-

  • Tertekan atau stress. Ini mungkin disebabkan oleh sakit yang serius atau baru sahaja menjalani pembedahan yang besar atau ibu baru lepas bersalin. Kebiasaannya penyebab ini hanya sementara yang mungkin hanya mengambil masa 3-4 bulan. 
  • Mengalami masalah hormon seperti masalah kalenjar tiroid. 
  • Kesan sampingan pengambilan ubat tertentu seperti pil perancang, ubat anti kemurungan atau selepas menjalani kimoterapi. 
  • Keturunan. Ini juga boleh menjadi penyumbang kepada keguguran rambut yang teruk jika ada antara ahli keluarga yang mengalami botak kerana keguguran rambut.
  • Jangkitan kulat di kulit kepala. Ini biasa terjadi pada kanak-kanak, jika penjagaan kulit kepala adalah secara sambil lewa. 
  • Penggayaan rambut yang berlebihan seperti contoh, kerap mewarnakan rambut, penggunaan pengering rambut yang kerap atau mengikat rambut dengan terlalu ketat.

 

Jadi apabila anda sudah mengetahui punca kenapa rambut gugur. Jum kita lihat pula fakta menarik tentang kenapa rambut gugur.

Secara purata setiap hari rambut akan gugur sebanyak 100 helai. Macam banyak kan? Tapi itu adalah normal. 90% rambut yang ada di kepala kita adalah berada dalam fasa pertumbuhan manakala lagi 10% berada dalam fasa rehat. Bermakna 10% ini dalam masa 2 hingga 3 bulan akan gugur. Dalam keadaan yang normal rambut yang gugur itu hanya 10% dari rambut yang ada. 

Jadi, walaupun rambut gugur ini adalah normal, kita juga perlu perhatikan tahap keguguran keguguran rambut kita itu. Adakah ia masih ditahap normal atau perlu dirawat. 

 

Tips rambut sihat  

Bila dah tahu punca dan fakta kenapa rambut gugur, barulah kita boleh mencuba beberapa tips rambut sihat. Tapi jika keadaan adalah serius dan kebotakan sudah mula menampakkan kulit kepala, mungkin rawatan lebih lanjut di perlukan. Antara tips rambut sihat yang boleh dicuba atau diamalkan adalah:

  • Lihat semula pemakanan kita. Untuk tips rambut sihat, makanan yang kita ambil setiap hari perlulah makanan yang sihat, kaya protein dan vitamin seperti vitamin A, B, C, E, zat besi, magnesium dan selenium. Boleh juga jika nak ambil makanan tambahan seperti B complex atak zinc. Ini akan menggalakkan pertumbuhan rambut baharu. 
  • Uruskan stress dengan baik. Zaman kini kita tak boleh nak elak dari stress. Pengurusan stress yang baik mampu menghalang keguguran rambut yang serius. Pergilah beraktiviti yang boleh mengurangkan stress seperti bermeditasi, bersenam, yoga, belajar teknik penafasan yang baik atau lakukan apa sahaja aktivi yang kita suka tanpa memikirkan stress yang ada. 
  • Sapukan teh hijau hangat ke kulit kepala selama sejam dan bilas. Teh hijau sangat kaya dengan antioksida dan boleh membantu pertumbuhan rambut dan mengurangkan keguguran rambut. 
  • Elak penggunaan air panas ketika mencuci rambut. Gunakan air yang sejuk  dan cucilah rambut sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Ini membantu mengelak jangkitan mikrobial pada kulit kepala. 
  • Selepas mencuci rambut, sebaiknya jangan terus disikat. Ketika rambut basah ni akan membuatkan rambut mudah putus dan tercabut. Balut rambut basah dengan kain tuala dan gosok dengan perlahan, sapukan serum dan biar rambut kering sepenuhnya sebelum disikat. 


Kesimpulannya, kita perlu tahu kenapa rambut gugur supaya kita boleh mengambil tindakan pencegahan yang sepatutnya! Rambut yang menipis masih boleh dirawat untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Sila cuba tips rambut sihat seperti yang di nyatakan tadi. Tetapi, jika anda tertanya-tanya kenapa rambut gugur dengan sangat kronik hingga semakin membotak dan anda semakin hilang keyakinan diri untuk tampil di hadapan orang ramai, rawatan transplant rambut mungkin penyelesaian yang lebih sesuai bagi permasalahan anda. Layari laman web hairtransplant.my dan hubungi kami segera untuk dapatkan lebih banyak tips dan nasihat untuk merawat masalah rambut anda.

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

DR RUZ HAIR TRANSPLANT

Klinik Interclinic

No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Whatsapp 010-3819800

Facebook @DrRuzHAirTransplant

Instagram @DrRuzHairTransplant

 

dr ruz hair transplant senyum berambut kecik

Copyright © 2022 HairTransplant.my