Kebotakan Alopecia Areata

Alopecia adalah perkataan umum yang bermaksud kebotakan. Terdapat pelbagai jenis kebotakan yang bergantung kepada keterukan dan penyebab. Kebotakan Areata atau Alopecia Areata adalah kebotakan tidak berparut yang biasanya menyebabkan kawasan botak berbentuk bulat biasanya berlaku di kawasan kepala. Ia boleh juga berlau di kawasan selain kepala seperti kening, misai, jambang, janggut dan rambut di kawasan badan. Pada sesetengah individu, kawasan kebotakan ini boleh menjadi besar seperti seluruh kepala yang dipanggil Alopecia Totalis dan seluh kepala dan badan yang dipanggil Alopecia Universalis.

Alopecia Areata adalah keadaan ketidaktentuan sistem imun yang menyebabkan Sel T-Lymphocyte menyerang akar rambut. Terdapat kecenderungan genetik untuk masalah ini dan ia boleh juga dikaitkan dengan masaah autoimun seperti tiroiditis, SLE, Vitiligo dan psoriasis.

 

Rawatan yang dilakukan adalah dengan mengawal sistem imun agar berhenti menyerang akar rambut. Seandainya keadaan ini berlaku, rawatan oleh doktor perubatan adalah perlu. Anda boleh menghubungi Dr Ruz untuk appointment.

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

Copyright © 2019 HairTransplant.my