Jenis Rawatan dan Harga Tanam Rambut di Malaysia

harga tanam rambut

Masalah keguguran rambut, atau lebih teruk, masalah botak merupakan sebuah perkara yang menakutkan bagi kebanyakan orang. 

Tidak kira bagi lelaki mahupun wanita, masalah ini kerap terjadi terutamanya apabila usia seseorang itu semakin meningkat.

Namun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Walaupun terdapat banyak kaedah lain yang boleh ditemui bagi merawat masalah ini, kaedah menanam rambut adalah cara yang sangat berkesan.

Rawatan Tanam Rambut

Kaedah rawatan menanam rambut, atau juga dikenali sebagai transplantasi rambut adalah sebuah cara untuk mengembalikan kelebatan rambut dengan mengmbil rambut di bahagian yang masih belum terjejas kita dan menanamnya semula di bahagian yang mengalami masalah keguguran rambut atau botak.

Terdapat dua jenis rawatan menanam rambut, iaitu Follicular Unit Strip Surgery (FUSS) dan Follicular Unit Extraction.

  1. Follicular Unit Strip Surgery (FUSS)

Bagi teknik rawatan FUSS, pakar bedah akan mengeluarkan jalur kulit dari kawasan yang diambil rambutnya dan menutup hirisan dengan jahitan. Mereka kemudian akan menggunakan mikroskop untuk memisahkan kulit yang diambil ke dalam unit folikel kecil yang mengandungi satu atau beberapa folikel rambut dan memasukkan unit-unit ini ke kawasan yang dikehendaki, iaitu kawasan yang terjejas. Secara umumnya prosedur ini akan meninggalkan parut halus apabila tepi luka ditutup.

  1. Follicular Unit Extraction (FUE)

Bagi teknik FUE pula, pakar bedah akan menggunakan sebuah alat untuk menghilangkan folikel dari kawasan rambut yang diambil untuk dipindahkan. Dengan bahasa mudahnya, doktor akan menuai unit folikel daripada kawasan yang tidak terjejas dan menanamnya di kawasan yang bermasalah. Walaupun prosedur ini masih akan menyebabkan beberapa parut, ia mungkin akan kelihatan kurang ketara, dan kebiasaannya tidak akan memerlukan jahitan.

Kedua-dua teknik mempunyai kesan yang efektif, tetapi mungkin akan memberikan hasil yang berbeza dalam beberapa kes.

Menurut sebuah kajian, FUE memerlukan lebih banyak kemahiran dan memerlukan masa yang lebih lama daripada FUSS, tetapi kajian ini juga berpendapat bahawa FUE dapat membawa hasil yang sangat baik jika pakar bedah mempunyai pengalaman yang luas dalam teknik ini.

Dalam kebanyakan kes, pakar bedah menggunakan bahagian sisi atau belakang kepala sebagai kawasan yang digunakan sebagai sumber rambut yang diambil.

Walau bagaimanapun, pengambilan kulit dari dagu, belakang badan, atau dada juga terbukti berkesan. Menggunakan rambut daripada bahagian badan mungkin berguna untuk orang yang tidak mempunyai rambut tebal di bahagian belakang atau sisi kepala mereka.

 

Harga rawatan tanam rambut

Kos bagi menanam rambut, atau transplantasi rambut adalah berbeza-beza bagi setiap orang. Kos ini melibatkan pelbagai faktor yang perlu diambil kira.

Faktor yang pertama sekali pastilah faktor tahap kepakaran yang akan melakukan pembedahan rambut. Jurang harga bagi pusat rawatan yang berbeza adakalanya sangat ketara.

Kebiasaannya, pakar bedah yang mempunyai pengalaman yang luas dan skil yang bagus akan mengenakan caj yang lebih mahal berbanding doktor bedah yang mempunyai pengalaman yang sedikit dan kurang dikenali.

Namun, harus diingat juga bahawa di samping anda berkira-kira untuk menjimatkan kos dalam melakukan transplantasi rambut, aspek kepakaran doktor bedah juga menjadi elemen utama yang perlu diambil kira. Hal ini adalah bagi meningkatkan kebarangkalian kejayaan pembedahan tersebut.

Faktor yang kedua yang diambil kira adalah teknik yang digunakan bagi melakukan pembedahan tanaman rambut. Secara umumnya, kos rawatan bagi FUSS adalah sedikit rendah berbanding kos rawatan yang menggunakan teknik FUE.

Seterusnya, perkara yang perlu diambil kira bagi mengetahui kos rawatan tanam rambut adalah berapa banyak yang mahu dipindahkan. Lebih banyak rambut yang dipindahkan, lebih banyak kawasan terjejas yang boleh ditutup.

Secagai contoh, sekiranya sebuah pusat rawatan menetapkan bahawa kos bagi rawatan menggunakan teknik FUE adalah RM10 bagi sehelai rambut, maka kos bagi pemindahan dan penanaman 1000 helai rambut adalah berjumlah RM10,000.

Kebanyakan orang lebih memilih untuk penanaman 3000 helai rambut kerana selepas beberapa ketika, rambut yang ditanam akan sedikit berkurang.

Namun, kos yang dikeluarkan bagi rawatan penanaman rambut ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berjaya.

Maka, sekiranya anda mempunyai bajet yang tinggi, kaedah rawatan tanaman rambut mungkin menjadi pilihan yang terbaik untuk anda.

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

Copyright © 2019 HairTransplant.my