Harga Hair Transplant di Malaysia

Secara umumnya, harga hair transplant di Malaysia dianggarkan sekitar RM5,000 ke RM50,000. Namun, adakah anda mengetahui mengapa ia mampu mencapai setinggi itu dan mengapa masih ramai yang berminat untuk menjalani prosedur hair transplant walaupun ia mampu mengeringkan poket anda?

Masalah keguguran rambut seringkali dikaitkan dengan golongan lelaki melebihi golongan wanita. Ini adalah disebabkan hormon DHT yang dikatakan punca masalah keguguran rambut adalah berasal daripada hormon testosteron iaitu hormon utama bagi golongan lelaki. Hormon ini sebenarnya turut ada pada golongan wanita akan tetapi pada kadar yang lebih kecil berbanding golongan lelaki. 

Mengapa perlu hair transplant? Masalah keguguran rambut dan kebotakan akan merencatkan keyakinan diri seseorang. Dengan kehadiran hormon DHT ditambah pula dengan tekanan akibat kesibukan tugas harian serta keyakinan yang semakin mengurang akan meningkatkan kadar rambut gugur dan akhirnya menyebabkan botak berlaku.

Daripada situasi inilah menyebabkan semakin ramai yang ingin menjalani prosedur hair transplant. Walaupun harga hair transplant di Malaysia tinggi, namun apabila memikirkan tentang kesan yang bakal berlaku sekiranya masalah keguguran rambut tidak diatasi, ia dirasakan berbaloi untuk melabur untuk jangka masa panjang, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kerjaya yang memerlukan mereka berketerampilan, kemas dan tampak berkeyakinan.

Prosedur hair transplant adalah dianggap sebahagian daripada bentuk pembedahan kosmetik, yang pada umumnya tidak mendapat perlindungan daripada mana-mana syarikat insurans. Jadi, tidak dapat tidak individu yang memerlukannya perlu sanggup mengeluarkan duit sendiri walaupun mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.  

Namun mengapa harga hair transplant di Malaysia terlalu tinggi? Ia bukan hanya melibatkan prosedur yang digunakan samada FUE ataupun FUT, bilangan folikel atau graf rambut yang diambil. Namun apa yang paling penting, kepakaran dan pengalaman doktor yang menjalankan prosedur hair transplant tersebut patut lebih diambil kira. Setiap keputusan yang di buat oleh doktor dalam melakukan prosedur hair transplant akan memberi impak yang dapat dilihat selepas tempoh yang agak panjang, iaitu pada perubahan struktur rambut individu terbabit setelah menjalani prosedur tersebut.

Jangka waktu proses penyembuhan juga mencerminkan kepakaran doktor, kerana luka yang lebih kecil dan deskripsi ubat yang diperlukan bersesuaian dengan situasi yang dihadapi oleh individu terbabit, membuktikan sejauh mana tahap kepakaran dan pengalaman seseorang doktor hair transplant.

Pun begitu, walaupun dikatakan agak mahal, harga hair transplant di Malaysia jauh lebih murah berbanding negara-negara lain. Ini terbukti apabila ramai individu dari luar negara datang ke Malaysia semata-mata untuk menjalani prosedur hair transplant disini. Khabarnya harga hair transplant di luar negara jauh lebih mahal sehinggakan hanya golongan kaya dan kenamaan sahaja yang mampu untuk menjalani prosedur ini. Jadi, bagaimana ini boleh berlaku?

Antara faktor yang menyebabkan harga hair transplant di Malaysia jauh lebih murah berbanding negara-negara luar adalah disebabkan oleh persaingan tinggi dikalangan doktor bertauliah yang menjalankan perkhidmatan ini. Semakin rendah kos yang dikenakan berbanding pesaing yang lain, semakin meningkat permintaan yang hadir. Namun sebagai individu yang memerlukan prosedur hair transplant, anda seharusnya sentiasa peka dengan pelbagai faktor sebelum membuat keputusan memilih doktor mana yang sesuai untuk melakukan prosedur tersebut. Buat kajian menyeluruh dan pastikan anda mengikuti perkembangan testimoni-testimoni mereka yang telah melalui prosedur terbabit. Semakin banyak testimoni positif yang menyokong doktor atau pusat hair transplant terbabit, ataupun sebaliknya, pasti membantu anda membuat pilihan dengan lebih cermat.

Harga hair transplant di Malaysia juga bergantung kepada kos operasi yang agak berpatutan. Di Malaysia, dikatakan lebih bebas dalam pembuatan serta pengeluaran alatan perubatan. Ini sekali gus mampu menawarkan prosedur operasi yang lebih menjimatkan. Jadi tidak menjadi satu isu besar apabila harga hair transplant di Malaysia boleh mencapai sehingga 60 peratus lebih rendah dibandingkan dengan harga hair transplant di negara luar terutamanya negara-negara di sebelah barat.

Kos-kos lain yang mempengaruhi harga hair transplant di Malaysia adalah kos pengangkutan. Walaupun ia bukanlah kos langsung namun ia juga memberikan peranan yang besar terutamanya semasa anda membuat pemilihan dalam memilih pusat rawatan rambut atau hair transplant anda. Ada kalanya walaupun anda berada di kawasan yang turut mempunyai pusat hair transplant dengan doktor yang bertauliah, namun disebabkan testimoni yang anda dapati seperti daripada dalam talian, sosial media dan sebagainya, pemilihan akhir anda pasti akan berubah berbanding dengan pilihan asal tadi. Jadi, anda mungkin akan kerap berulang-alik ke pusat tersebut sebelum dan selepas prosedur hair transplant di lakukan. Ini sedikit sebanyak akan meningkatkan harga hair transplant di Malaysia.

Perlu diingatkan kos sewaktu proses pemulihan juga akan meningkatkan harga hair transplant di Malaysia.Jjadi anda juga perlu mengambil berat tahap kesembuhan anda pada waktu ini. Ini bagi memastikan luka yang anda alami akibat daripada prosedur hair transplant tadi segera sembuh dan tidak melakukan aktiviti yang mendedahkan kulit kepala kepada jangkitan kuman.

Pada waktu ini pastikan anda tidak melakukan aktiviti yang menyebabkan anda cepat berpeluh seperti melakukan senaman yang keterlaluan atau sukan berat. Dalam fasa pemulihan ini Kulit kepala anda mungkin akan terasa sakit dan membengkak. Jadi doktor akan membekalkan anda dengan beberapa jenis ubat seperti ubat tahan sakit, antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan serta ubat anti radang untuk mengurangkan pembengkakan. Semakin cepat penyembuhan, maka harga hair transplant di Malaysia akan menjadi lebih relevan.

Harga hair transplant di Malaysia secara logiknya adalah tinggi disebabkan beberapa faktor. Namun begitu anda perlu berbangga menjadi rakyat Malaysia. Ini kerana, harga hair transplant di Malaysia adalah antara yang terendah berbanding dengan negara-negara luar yang lain. Salah satu pakar hair transplant Malaysia yang boleh anda pertimbangkan bagi menjalankan prosedur tersebut adalah Dr. Ruz Hair Transplant. Anda boleh berkomunikasi dengan beliau melalui aplikasi Whatsapp, instagram, Facebook dan sebagainya. Layari laman sesawang hairstransplant.my untuk sebarang maklumat lanjut.

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

DR RUZ HAIR TRANSPLANT

Klinik Interclinic

No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Whatsapp 010-3819800

Facebook @DrRuzHAirTransplant

Instagram @DrRuzHairTransplant

 

dr ruz hair transplant senyum berambut kecik

Copyright © 2022 HairTransplant.my