Hairtransplant.my: Rawatan Rambut

Rambut merupakan mahkota buat wanita dan tak kurang pentingnya juga sebagai pelengkap penampilan bagi kaum lelaki. Jadi memiliki rambut yang sihat dan menarik adalah sangat penting. 

 

Walaupun begitu terdapat pelbagai masalah rambut, antaranya ialah keguguran rambut yang teruk, masalah botak ataupun rambut nipis. Tetapi kini anda tidak perlu risau lagi, kerana masalah ini boleh diatasi dengan melakukan Rawatan Rambut

 

Antara masalah yang paling kerap dihadapi ialah masalah rambut nipis ataupun botak.  Kira-kira 35 juta lelaki dan 21 juta wanita di seluruh dunia mengalami masalah rambut yang menakutkan ini. Walaupun ia seringkali dialami oleh golongan lelaki, kini semakin ramai wanita tidak terlepas daripada mengalami masalah yang sama.

 

Antara Rawatan Rambut yang sesuai untuk permasalahan ini ialah dengan melakukan prosedur tanam rambut. Jum kita lihat prosedur-prosedur yang dilakukan serta anggaran kos yang terlibat bagi rawatan ini di Malaysia.

 

Rawatan tanam rambut yang juga dikenali sebagai transplantasi rambut adalah prosedur pembedahan untuk mengeluarkan folikel rambul dari mana-mana bahagian badan dan menanamnya semula ke kawasan yang kekurangan rambut atau kawasan yang tidak mempunyai rambut. 

 

Proses ini dikenali sebagai Transplantasi Rambut Follicular. Rawatan ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua jenis prosedur iaitu Transplantasi Unit Follicular (FUT) atau Follicular Unit Extraction (FUE).

 

Transplantasi Unit Follicular(FUT) adalah teknik pemindahan yang melibatkan kumpulan yang terdiri daripada satu hingga empat helai rambut yang dikenali sebagai unit folikel. Teknik ini melibatkan penanaman unit folikel di kawasan sasaran melalui pembedahan stereomikroskopik. Kaedah ini akan meninggalkan parut halus apabila tepi luka ditutup. Unit-unit folikel ini terdiri daripada kelenjar sebum, otot kecil dan rambut vellus halus yang kadang-kala dikeluarkan dari kawasan penderma rambut dan dimasukkan ke kawasan penerima iaitu kawasan yang mengalami penipisan rambut atau botak. 

 

Bagi prosedur Follicular Unit Extraction(FUE) pula, ianya merupakan prosedur invasif yang minimum kerana ia melibatkan pengambilan unit folikel individu dari kawasan penderma, sehelai rambut tanpa pembedahan. Doktor akan menuai unit folikel dan menanamnya semula di kawasan botak. FUE tidak meninggalkan kesan luka donor linear seperti kaedah FUT. FUE seringkali akan digunakan kepada pesakit yang telah mempunyai parut yang banyak dan kulit yang tidak sesuai untuk prosedur FUT.

 

Anda juga mesti ingin tahu anggaran harga Rawatan Rambut ini bukan?

 

Kos Rawatan Rambut ini bergantung kepada dua perkara. Salah satunya ialah teknik yang terlibat semasa doktor mengambil rambut sama ada di bahagian “donor” area atau dari belakang kepala. Ia juga bergantung juga kepada jumlah rambut yang di ambil oleh doktor. Kos purata untuk prosedur ini sama ada teknik FUT atau FUE adalah dalam lingkungan RM6 sehingga RM12 bagi setiap folikel rambut yang terlibat.

 

Anda dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan dari doktor profesional yang sah supaya anda mendapat rawatan rambut yang selamat. Kerana pada masa ini terdapat banyak pusat kecantikan menawarkan rawatan tanam rambut pada harga yang sangat murah. 

 

Namun, terdapat risiko yang mungkin timbul jika rawatan tersebut dilakukan oleh pengamal kesihatan yang tidak bertauliah. Seperti kebarangkalian untuk ubat bius akan teralih ke kawasan lain, yang boleh menyebabkan muka anda bengkak dan lumpuh, pembuluh darah pecah dan juga pembentukan darah beku.

 

Adakah prosedur Rawatan Rambut ini akan meninggalkan kesan ?

 

Ya, rawatan ini mungkin memberi kesan seperti rasa sakit dan bengkak selepas prosedur selesai. Anda juga akan diberi ubat-ubatan untuk mengatasi masalah ini, termasuklah antibiotik untuk mengelakkan risiko jangkitan, ubat anti keradangan untuk mengurangkan bengkak dan juga vitamin serta tonik rambut. Bagaimanapun, kebanyakan pesakit biasanya akan pulih dan boleh kembali bekerja beberapa hari selepas pembedahan dilakukan. 

 

Sebahagian rambut akan gugur dalam tiga minggu pertama selepas rawatan. Tapi anda tidak perlu risau kerana hanya bahagian atas rambut sahaja yang gugur. Ia akan meninggalkan akar rambut di dalam liang roma. Akar rambut inilah yang akan menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang lain. 

 

Kadangkala, anda mungkin akan dapat lihat beberapa kerak yang terbentuk di sekitar setiap folikel selepas prosedur dan biasanya ia akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk sembuh. Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa sekitar tujuh hingga sepuluh hari selepas prosedur.

 

Bagi pesakit yang telah melalui transplantasi, rambut akan terus tumbuh di kawasan yang dipindahkan. Antara faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan rambut termasuklah kelewatan kulit kepala iaitu bagaimana longgar kulit kepala anda, ketumpatan folikel di zon yang dipindahkan, folikel yang berkaliber atau berkualiti dan juga rambut curl.

 

Kebiasaannya doktor akan menggunakan minoksidil atau propecia iaitu ubat pertumbuhan rambut untuk memperbaiki pertumbuhan semula rambut yang dipindahkan.


Rawatan Rambut ini sangat sesuai sebagai penyelesaian terakhir untuk mereka yang menghadapi masalah rambut gugur yang kronik sehingga menyebabkan kebotakan. Hasil yang diperolehi akan nampak lebih semulajadi dengan kadar pertumbuhan yang lebih lebat dan cepat berbanding rawatan alternatif yang lain.

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

DR RUZ HAIR TRANSPLANT

Klinik Interclinic

No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Whatsapp 010-3819800

Facebook @DrRuzHAirTransplant

Instagram @DrRuzHairTransplant

 

dr ruz hair transplant senyum berambut kecik

Copyright © 2022 HairTransplant.my