Benarkah kos tanam rambut di Malaysia murah?

Tanam rambut bukanlah perkara asing lagi dikalangan rakyat di Malaysia. Tanam rambut menjadi salah satu alternatif bagi sesetengah individu untuk meningkatkan keyakinan dan tampak berketerampilan di depan khalayak. 

Terdapat banyak produk di pasaran yang dikatakan mampu membantu melebatkan rambut. Namun, ia mungkin juga bergantung kepada tahap penerimaan dan tindak balas seseorang itu terhadap produk berkenaan. Cara yang paling berkesan dan cepat untuk menambahkan jumlah rambut adalah dengan menanam rambut, iaitu dengan melakukan teknik pemindahan rambut atau hair transplant. 

Seringkali diperkatakan, kos tanam rambut di Malaysia dikatakan murah dan berpatutan berbanding kos tanam rambut di Eropah dan sebagainya. Kos tanam rambut di Malaysia yang dikatakan murah inilah menjadikan ramai mereka yang memerlukan rawatan ini berkunjung ke Malaysia walaupun tinggal jauh di luar negara.

Namun sebetulnya, berapakah kos tanam rambut di Malaysia? Setakat ini, tidak dapat dipastikan secara jelas untuk menjawab persoalan ini. Ini kerana kos tanam rambut di Malaysia bergantung kepada pelbagai situasi, baik terhadap individu terbabit mahupun dari segi proses rawatan yang dilakukan. Rawatan dan pemulihan yang berlainan di antara seorang individu dengan individu yang lain juga memberi kesan terhadap kos tanam rambut di Malaysia

Mengikut kajian yang dijalankan, kos tanam rambut di Malaysia adalah pelbagai. Namun ia boleh dikatakan antara RM8,000 sehingga RM60,000. Kos ini biasanya bergantung kepada inisiatif individu itu sendiri memandangkan tanam rambut dianggap sebagai prosedur kosmetik yang tidak berkelayakan untuk menerima tuntutan insurans.  

Terdapat beberapa faktor dalam menilai kos tanam rambut di Malaysia. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Kos tempat tinggal anda

Kos sara hidup yang tinggi di satu-satu tempat memungkinkan kos tanam rambut Malaysia di kawasan tersebut lebih mahal. Begitu juga sebaliknya.

 

  1. Bilangan pusat rawatan rambut

Semakin banyak bilangan pusat rawatan rambut semakin berkurang kos tanam rambut Malaysia yang akan dikenakan. Ini kerana setiap pusat rawatan dengan kapasiti rawatan yang sama akan cuba menarik seberapa ramai pelanggan yang berminat untuk mendapatkan rawatan untuk mengekalkan pusat rawatan mereka di pasaran.

 

  1. Jenis prosedur yang dipilih

Terdapat dua jenis cara pemindahan rambut yang dijalankan samada menggunakan teknik pemindahan unit folikel (FUT) atau pengekstrakan unit folikel (FUE). Setiap cara rawatan tersebut mempunyai harga yang berbeza. 

 

  1. Tahap kemahiran dan populariti doktor itu sendiri.

Jika doktor yang menjalankan rawatan tersebut adalah pakar yang berkemahiran tinggi dengan pengalaman yang lama dalam dunia rawatan pemindahan rambut, maka berkemungkinan pusat rawatan tersebut akan mengenakan kos tanam rambut yang lebih tinggi. Populariti doktor itu sendiri dengan testimoni positif daripada ramai pelanggan mampu menjana lebih banyak keuntungan bagi pusat rawatan berkenaan. 

 

  1. Bilangan rambut yang perlu dipindahkan.

Kadang-kadang pelanggan akan menetapkan berapa helai rambut yang ingin dipindahkan mungkin melalui pembacaan dan sebagainya. Namun nasihat doktor perlu diambil kira. Ini kerana doktor yang lebih mengetahui berapa kuantiti rambut yang perlu dipindahkan. Jadi seseorang itu perlu bersiap-sedia dari segi kewangan supaya proses tanam rambut akan efektif dan bersesuaian dengan tahap masalah kebotakan yang dihadapi.

 

Untuk memindahkan 1,000 helai rambut iaitu memakan kos sekitar RM8,000 sehingga RM10,000. Dengan ini, pesakit boleh mengurangkan sehingga sekitar satu(1) sentimeter ketinggian garis rambut. Namun, ramai juga individu yang lebih memilih untuk memindahkan 3,000 helai rambut memandangkan rambut yang dipindahkan ke garis rambut akan semakin berkurang secara semula jadi dalam tempoh selepas beberapa bulan. 

 

Tahap kebotakan juga akan diambil kira samada pada tahap satu (botak pada garis rambut sahaja) atau kebotakan pada tahap tujuh (seluruh bahagian atas kepala botak); akan menentukan jumlah helai rambut yang akan terlibat. 

 

  1. Kos pengangkutan dan kos perjalanan

Walaupun tidak berkaitan dengan kos yang dikenakan oleh pusat rawatan ataupun doktor itu sendiri, kos ini tetap perlu diambil kira. Misalnya bagi membandingkan beberapa pusat rawatan yang ternama dan mempunyai testimoni yang bagus serta tentu sahaja dengan kos tanam rambut Malaysia yang sama-sama berpatutan.

 

  1. Kos pemulihan 

Kadang-kadang kos pemulihan menyamai kos tanam rambut. Ini kerana ada sesetengah individu yang mengambil masa yang lama untuk sembuh daripada luka-luka kecil atau perlu mengikuti beberapa sesi rawatan. Kos-kos ini juga termasuk kos ubat-ubatan dan juga kos bagi konsultasi doktor.

 

Antara ubat-ubatan yang sering dibekalkan kepada pesakit selepas selesai sesi rawatan adalah seperti ubat tahan sakit bagi pemulihan pantas, ubat anti radang yang mengelakkan pembengkakan melampau di kawasan yang berkaitan serta ubat antibiotik bagi mengelakkan berlakunya jangkitan pada kawasan luka.

 

Kos-kos ini belum lagi ditambah dengan kos-kos kecemasan seperti sekiranya anda mengalami jangkitan dan memerlukan rawatan dengan kadar segera. Keadaan ini pastikan akan meningkatkan lagi kos tanam rambut, dari segi penambahan ubat berserta konsultasi daripada doktor. 

Semua perkara di atas perlulah diambil kira memandangkan isu kebotakan bukan satu isu yang memestikan rawatan lanjut yang melibatkan kehilangan nyawa sekiranya tidak dirawat. Jadi boleh dikatakan pasaran tanam rambut agak terhad. Bukan semua individu yang botak akan mencuba alternatif menanam rambutan. 

Ini disokong dengan kajian sosial yang mengatakan botak sudah menjadi trend yang agak digemari kini. Terdapat juga sebahagian daripada golongan wanita mengatakan lelaki botak lebih berkarisma berbanding lelaki berambut.

Juga, jangan gemar perkhidmatan dengan kos tanam rambut di Malaysia yang murah. sebaiknya dapatkan sesi rawatan tanam rambut yang terbaik bagi memastikan anda berpuas hati dengan hasil yang akan anda dapat nanti. Namun jangan pula terlalu taasub dengan kata-kata ‘perkhidmatan mahal pasti berkualiti’. 

Sebaliknya lakukan sebanyak mana kajian yang boleh termasuk melihat testimoni terdahulu pusat rawatan tersebut samada positif atau sebaliknya. Kini semua informasi hanya dihujung jari. Pusat rawatan terbaik yang mengikut trend semasa pastinya juga aktif dalam talian dan juga sosial media. 

Dapat disimpulkan disini kos tanam rambut di Malaysia masih lagi kompetitif setanding dengan kos tanam rambut terbaik di luar negara. Di Dr Ruz Hair Transplant perkhidmatan yang ditawarkan adalah yang terbaik di antara yang terbaik dan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan yang berkunjung. Layari hairtransplant.my untuk maklumat lanjut.

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

DR RUZ HAIR TRANSPLANT

Klinik Interclinic

No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Whatsapp 010-3819800

Facebook @DrRuzHAirTransplant

Instagram @DrRuzHairTransplant

 

dr ruz hair transplant senyum berambut kecik

Copyright © 2022 HairTransplant.my