Artis Tanam Rambut

Tanam rambut sudah tidak asing lagi di kalangan para artis di Malaysia. Artis tanam rambut adalah kerana disebabkan bagi memenuhi kehendak; sebagai contoh, watak bagi sesebuah projek yang akan dijayakan selain memastikan diri dalam keadaan kemas dan berkeyakinan tinggi.  

Artis lelaki juga adalah antara artis dan selebriti yang pernah menjalani prosedur tanam rambut. Kebanyakan artis yang menjalani prosedur tanam rambut tidak kisah menghabiskan puluhan ribu ringgit semata-mata bagi memastikan masalah rambut gugur atau botak yang dialami dapat diatasi.

Masalah keguguran rambut dan kebotakan bukanlah satu masalah yang berkaitan usia. Rata-rata artis popular di Malaysia yang menjalani prosedur ini adalah mereka yang belum sampai ke umur 40 tahun. Ini mungkin juga dipengaruhi faktor pekerjaan memandangkan ia melibatkan artis yang masih aktif dalam bidang lakonan, pengacaraan, nyanyian dan sebagainya, serta faktor genetik. 

Penglibatan artis yang tanam rambut ini sedikit merancakkan lagi industri tanam rambut di Malaysia. Dahulu ramai merasakan prosedur tanam rambut adalah bagi golongan berada. Ia juga dilihat satu prosedur yang akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian yang berkaitan. Individu yang menjalani prosedur tersebut juga akan mempunyai parut besar yang mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Dengan teknologi yang semakin canggih kini, setiap prosedur tanam rambut yang dijalankan akan memastikan setiap kesulitan tersebut dapat dikurangkan. Doktor yang menjalankan prosedur, akan memastikan kesakitan semasa dan selepas prosedur dapat dikurangkan, parut yang terbentuk juga pada kadar minima, selain harga yang dikenakan juga pastinya akan berpatutan.

Walau bagaimanapun prosedur yang dilalui artis menanam rambut sebenarnya adalah satu pilihan terakhir yang dipilih apabila masalah keguguran rambut tidak diatasi dengan kadar segera. Ini kerana semasa masalah keguguran rambut pada tahap awal, ianya boleh diubati dengan ubat-ubatan. Antara ubat yang kerap kali digunakan adalah seperti Minoxidil dan Finasteride. 

Apa yang boleh dilakukan oleh kedua-dua ubat-ubatan ini yang pada dasarnya dapat mengelakkan prosedur tanam rambut seperti yang dilalui oleh sesetegah artis? Jom ketahui dahulu bagaimana masalah kebotakan terutamanya di kalangan lelaki boleh berlaku. 

Masalah keguguran rambut bukanlah perkara luar biasa. Secara purata, sebanyak 70 helai rambut akan gugur dalam sehari. Masalah bakal berlaku apabila rambut yang gugur tadi tidak dapat tumbuh semula. Bagi golongan lelaki bahagian kepala yang sering mengalami masalah ini adalah bahagian hadapan dan juga bahagian tengah. Ia mungkin berlaku di hadapan dahulu kemudian di bahagian tengah atau sebaliknya. Paling serius apabila kebotakan berlaku secara serentak di kedua-dua bahagian terbabit. 

Masalah kebotakan sebenarnya berpunca daripada sejenis hormon yang dinamakan dihydrotestosterone atau lebih dikenali sebagai DHT. Ia terdapat secara semula jadi di dalam tubuh badan golongan lelaki iaitu 10 peratus daripada hormon testosteron. Bagi sesetengah lelaki, kehadiran DHT akan menyebabkan bahagian atas rambut menjadi sensitif dan seterusnya melemahkan akar rambut. Ini menyebabkan rambut mudah luruh, tumbuh halus dan seterusnya membawa kepada kebotakan. Proses ini adalah proses yang progresif di mana ia akan terus berlaku sekiranya sebarang tindakan pencegahan tidak diambil. 

Jadi dua jenis ubat tadi; Minoxidil dan Finasteride, dua komponen ubat yang diambil bersama setiap hari yang dapat merencatkan penghasilan hormon DHT. Ketiadaan hormon DHT akan kembali menguatkan semula akar rambut yang melemah tadi, bagi penghasilan rambut yang lebih lebat dan kasar. Keberkesanan ubat ini dapat dilihat antara enam bulan sehingga setahun, bergantung kepada tubuh badan individu itu sendiri. Walau bagaimanapun, ubat ini hanya berkesan pada bahagian rambut yang masih lagi mempunyai akar rambut. 

Dalam erti kata lain, sebelum prosedur tanam rambut dilakukan, individu yang mengalami masalah rambut gugur dan kebotakan perlu segera berjumpa dengan doktor supaya masalah tersebut dapat dihentikan ataupun dikurangkan. Pada tahap ini prosedur tanam rambut mungkin tidak diperlukan lagi dan sekali gus dapat menjimatkan kos.

Memang ada individu ataupun artis yang tanam rambut yang lebih percaya kepada testimoni dan pendapat orang perseorangan yang rapat. Ada yang berpendapat, masalah rambut gugur dan kebotakan, tidak mempunyai sebarang bentuk pilihan rawatan lain, melainkan hanya menjalani prosedur tanam rambut. Ini menjadikan mereka memerlukan masa yang lama untuk berjumpa doktor. Masa yang terbuang menjadikan keadaan rambut semakin membimbangkan dan akhirnya tiada cara lain yang boleh menyelamatkan rambut, selain menjalani prosedur tanam rambut.

Jadi bagaimana individu dan artis yang tanam rambut memastikan rambut mereka yang telah melalui prosedur tersebut, kesuburannya dapat dikekalkan secara optimum? Biasanya, rambut baharu akan terus tumbuh di bahagian kepala yang terkait. Namun kepadatan pertumbuhan rambut baharu bergantung kepada laxity kulit kepala, iaitu tahap kekenduran kulit kepala untuk menampung kehadiran akar rambut baharu. Selain itu ketumpatan atau kekerapan akar di bahagian yang ditanam turut memainkan peranan yang penting. 

Jika anda tidak mengambil ubat seperti Minoxidil atau Finasteride, atau tidak menjalani tahap terapi laser yang rendah, anda berkemungkinan berisiko untuk terus mengalami keguguran rambut di kawasan yang tidak menjalani prosedur tanam rambut. Oleh itu, adalah penting untuk membincangkan hasil yang dijangkakan dengan doktor tanam rambut anda dan membuat jangkaan yang realistik tentang hasil akhir prosedur tanam rambut tersebut.

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

DR RUZ HAIR TRANSPLANT

Klinik Interclinic

No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Whatsapp 010-3819800

Facebook @DrRuzHAirTransplant

Instagram @DrRuzHairTransplant

 

dr ruz hair transplant senyum berambut kecik

Copyright © 2022 HairTransplant.my