Anggaran Harga Hair Transplant yang Anda Patut Tahu
Terdapat banyak produk di pasaran yang menjanjikan kesan penggunaannya dapat melebatkan dan menghindarkan rambut gugur. Namun disebabkan permasalahan yang pelbagai, pengguna tidak mendapatkan kesan yang dijanjikan. Cara paling baik untuk memastikan masalah rambut gugur dan kebotakan dapat diatasi adalah dengan menemui Doktor Perubatan pakar rambut yang memiliki ilmu secara khusus untuk memberikan diagnosis masalah rambut dan rawatan tertentu yang berkesan untuk masalah rambut tersebut.
Doktor perubatan pakar rambut mestilah tahu semua kaedah tertentu rawatan rambut termasuk mampu memberikan rawatan tanam rambut ataupun hair transplant. Namun berapakah harga hair transplant?
Sebenarnya harga hair transplant adalah tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor. Ini kerana prosedur hair transplant melalui beberapa proses dan mengambil masa yang agak panjang untuk mencapai fasa kesembuhan sepenuhnya. Pendek kata proses hair transplant dan proses untuk sembuh antara satu individu dengan individu yang lain adalah berbeza. Jadi harga hair transplant bagi setiap individu juga adalah berbeza.
Anggaran harga hair transplant secara umumnya dapat dianggarkan antara RM5,000 sehingga RM50,000. Harga hair transplant bergantung kepada beberapa faktor. Selain prosedur yang dipilih samada Transplantasi Unit Follicular (FUT) ataupun Follicular Unit Extraction Hair Transplant (FUE), teknik mengambil rambut samada di bahagian kawasan donor ataupun di belakang kepala turut diambil kira. Teknik ini adalah bagi memastikan folikel rambut atau anak rambut yang diambil adalah berkualiti dan tidak mempunyai gejala keguguran.
Bilangan folikel rambut yang diambil dalam prosedur hair transplant memberi kesan ketara dalam menentukan harga hair transplant antara satu individu dengan individu yang lain. Purata harga bagi folikel rambut yang diambil samada secara teknik FUT atau FUE adalah antara RM6 sehingga RM12 bagi setiap satu folikel.
Paling penting adalah setiap individu yang ingin melakukan prosedur ini memahami punca perbezaan harga hair transplant yang berkaitan. Sebagai contoh perbezaan antara harga untuk sehelai rambut dengan harga untuk satu folikel rambut. Satu folikel rambut turut dikenali sebagai satu graft rambut. Setiap satu folikel rambut ataupun satu graft rambut mempunyai antara dua hingga tiga helai rambut. Jadi perlu dipastikan anda mendapat penjelasan terperinci berkaitan harga hair transplant yang anda akan bayar nanti.
Hair transplant adalah proses yang rumit yang memerlukan kepakaran yang tinggi oleh pengamalnya. Doktor yang menjalankan prosedur ini haruslah bertauliah, diiktiraf serta berpengalaman luas. Namun diingatkan semakin tinggi kepakaran dan populariti seseorang doktor tersebut semakin tinggi harga hair transplant yang perlu anda bayar. Namun, harga yang tinggi dan populariti seseorang doktor tidak menjamin kualiti prosedur yang dilakukan. Jadi anda perlu bijak memilih doktor yang bakal melakukan prosedur hair transplant anda.
Harga hair transplant amat tinggi dan boleh jadi agak membebankan individu yang memerlukannya. Ini kerana syarikat insurans menganggap rawatan ini adalah rawatan kosmetik yang sememangnya tidak mendapat perlindungan daripada kebanyakan pihak insurans. Jadi bagi anda yang merancang untuk menjalani prosedur hair transplant, anda perlu mempunyai bajet yang terbaik. Pastikan bajet anda mampu membiayai prosedur hair transplant anda sehingga anda benar-benar pulih.
Ini kerana harga hair transplant bukanlah dikira hanya sehingga tahap melakukan prosedur sahaja. Ia mengambil masa yang agak lama bagi memastikan anda benar-benar pulih dan tidak mengalami keradangan dan sebarang gejala yang tidak diingini pada bahagian kawasan luka terbabit. Jadi harga yang perlu anda bayar pada fasa ini juga tidak kurang tingginya.
Harga hair transplant pada fasa pemulihan ini adalah mengikut keperluan yang berbeza. Secara umumnya, anda perlu membayar harga bagi ubat tahan sakit bagi kesembuhan segera. Ubat anti radang bagi mengurangkan pembengkakan di kawasan sekitar yang terbabit dengan prosedur hair transplant perlu turut diambil selain antibiotik bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman pada bahagian luka.
Namun bagi anda yang tidak mampu menyediakan bajet yang mencukupi bagi membayar harga hair transplant, mungkin anda boleh memilih menggunakan alternatif lain yang juga melaporkan kesan positif kepada penggunanya. Terdapat tiga alternatif yang boleh anda pilih.
Antaranya adalah penggunaan Minoxidil 5% (Jewim, Regro, Reten, Rogaine). Berdasarkan kajian, ia meluaskan salur darah di kulit kepala yang mana boleh meningkatkan fungsi folikel rambut dan sekali gus merangsang pertumbuhan rambut. Ia boleh dibeli sendiri tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor. Ia boleh digunakan oleh lelaki dan juga wanita.
Selain itu makan tablet Finasteride 1mg (Finapecia, Propecia, dll), mampu memberi kesan positif dalam merawat masalah botak di kalangan lelaki. Penggunaan yang berterusan dikatakan mampu memberi kesan dalam masa enam bulan. Fungsinya adalah sebagai penghalang penukaran testosteron kepada dihydrotestosteron (DHT) dalam tubuh badan. Namun waspada kerana tablet ini tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak dan wanita. Ia juga mampu diserap terus melalui kulit. Jadi wanita dan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mengendalikan tablet Propecia ini.
Terdapat juga terapi laser tahap rendah, yang dikatakan boleh merawat keguguran rambut samada di kalangan lelaki dan juga wanita dengan merangsang aktiviti salur darah. Ia menggalakkan pengekalan rambut dan boleh menguatkan rambut yang lemah.
Tidak syak lagi harga hair transplant akan menjangkau kos yang amat tinggi. Lebih-lebih lagi sekiranya kesan akhirnya tidak seperti yang anda harapkan. Namun sekiranya anda tidak kisah pada risiko ini, pastikan untuk meluangkan sedikit masa untuk melakukan sedikit penyelidikan. Luangkan masa untuk mendapatkan nasihat dan berunding dengan beberapa pakar bagi mendapatkan idea harga hair transplant dan dalam masa yang sama mencari pakar yang sesuai untuk melakukan prosedur tersebut.
Diingatkan supaya apabila kos yang melibatkan kepakaran dan kemahiran seseorang doktor, anda perlu memilih secara terperinci. Mendapatkan seorang pakar hair transplant yang terbaik walaupun melibatkan kos yang lebih tinggi, mampu membantu anda mendapatkan kesan akhir yang lebih baik. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kos rawatan awal, banyak klinik atau pusat-pusat penjagaan rambut menawarkan pelan pembayaran dan pembiayaan bagi menjadikan rawatan tersebut boleh diakses oleh lebih ramai individu yang memerlukan.
Di Dr. Ruz Hair Transplant, anda boleh bertanyakan apa sahaja soalan tentang hair transplant serta apa sahaja masalah yang berkaitan. Anda boleh berkomunikasi dengan beliau melalui aplikasi Whatsapp, instagram, Facebook dan sebagainya. Layari laman sesawang hairstransplant.my untuk sebarang maklumat lanjut.