TIPS RAMBUT LEBAT
Asal sikat rambut, pasti ada sahaja helaian rambut berterabur di lantai. Diam tak diam penuh dah lantai. Berapa ramai antara kita yang ada masalah macam ni? Terutama wanita berambut panjang. Sedar-sedar rambut nipis je. Nak tips rambut lebat? Jom baca sampai habis.
Fakta tentang rambut gugur
Fakta! Secara purata setiap hari rambut akan gugur sebanyak 100 helai. Macam banyak kan? Tapi itu normal. 90% rambut yang ada di kepala kita adalah berada dalam fasa pertumbuhan manakala lagi 10% berada dalam fasa rehat. Bermakna 10% ini dalam masa 2 hingga 3 bulan akan gugur. Dalam keadaan yang normal rambut yang gugur itu hanya 10% dari rambut yang ada.
Perlu diperhatikan keguguran rambut kita itu tadi normal atau perlu dirawat. Sebelum kita lanjutkan kepada tips rambut lebat, kita kena tahu apa punca kepada rambut gugur luar dari normal.
Punca rambut gugur
Untuk merawat atau melebatkan rambut, perkara yang perlu diambil kira adalah punca kepada masalah rambut itu sendiri. Antara punca masalah rambut adalah:-
- Tertekan atau stress. Ini mungkin di sebabkan sedang mengalami sakit yang serius dan baru sahaja menjalani pembedahan yang besar atau ibu baru lepas bersalin. Kebiasaannya penyebab ini hanya sementara yang mungkin hanya mengambil masa 3-4 bulan.
- Mengalami masalah hormon seperti masalah kalenjar tiroid.
- Kesan sampingan pengambilan ubat tertentu seperti pil perancang, ubat anti kemurungan atau selepas menjalani kimoterapi.
- Keturunan. Ini juga boleh menjadi penyumbang kepada keguguran rambut yang teruk jika ada antara ahli keluarga yang mengalami botak kerana keguguran rambut.
- Jangkitan kulat di kulit kepala. Ini biasa terjadi pada kanak-kanak, jika penjagaan kulit kepala adalah secara sambil lewa.
- Penggayaan rambut yang berlebihan seperti contoh, kerap mewarnakan rambut, penggunaan hair dryer yang kerap atau mengikat rambut dengan terlalu ketat.
Tips rambut lebat
Bila dah tahu punca kepada masalah keguguran rambut baru boleh kita mencuba beberapa tips rambut lebat tetapi jika keadaan adalah serius dan dah mula menampakkan kulit kepala mungkin rawatan lanjut di perlukan. Antara tips rambut lebat yang boleh dicuba atau diamalkan adalah:
- Tengok semula pemakanan kita. Untuk tips rambut lebat, makanan yang kita ambil setiap hari perlulah makanan yang sihat, kaya protein dan vitamin seperti vitamin A, B, C, E, zat besi, magnesium dan selenium. Boleh juga jika nak ambil makanan tambahan seperti B complex atak zinc. Ini akan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.
- Uruskan stress dengan baik. Zaman kini kita tak boleh nak elak dari stress. Pengurusan stress yang baik mampu menghalang keguguran rambut yang serius. Pergilah beraktiviti yang boleh melepas stress seperti bermeditasi, bersenam, yoga, belajar teknik penafasan yang baik atau lakukan apa sahaja aktivi yang kita suka tanpa memikirkan stress yang ada.
- Sapukan teh hijau hangat ke kulit kepala biar sejam dan bilas. Teh hijau yang sangat kaya dengan antioksida boleh membantu pertumbuhan rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
- Elak penggunaan air panas ketika mencuci rambut. Gunakan air yang sejuk dan cucilah rambut sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Ini membantu mengelak jangkitan mikrobial pada kulit kepala.
- Selepas mencuci rambut, jangan terus disikat. Ketika rambut basah ni akan membuatkan rambut mudah putus dan tercabut. Balut rambut basah dengan kain tuala dan gosok dengan perlahan, sapukan serum dan biar rambut kering sepenuhnya sebelum disikat.
Kesimpulannya, jika rambut menipis boleh dirawat untuk menggalakkan pertumbuhan rambut atau mencuba tips rambut lebat seperti yang di nyatakan tadi. Jika rambut gugur dengan sangat kronik hingga semakin membotak dan anda semakin hilang keyakinan diri untuk tampil di khalayak, rawatan transplant rambut adalah jalan selesai. Boleh layari website hairtransplant.my dan hubungi kami segera untuk dapatkan lebih banyak tips dan nasihat dalam merawat masalah rambut anda.