Penjagaan Selepas Tanam Rambut

Adakah anda sudah buat keputusan untuk menanam rambut? Jika anda telah membulatkan tekad untuk menjalani proses tanam rambut. Di sini kami kongsikan pula tentang penjagaan selepas tanam rambut buat anda. 

 

Persediaan sebelum dan penjagaan selepas tanam rambut sama pentingnya. Seperti yang kita sedia maklum, rambut merupakan mahkota buat wanita dan tak kurang pentingnya juga sebagai pelengkap penampilan bagi kaum lelaki. Jadi memiliki rambut yang sihat dan menarik adalah sangat penting. 

 

Selepas menjalani proses tanam rambut, petua penjagaan selepas tanam rambut adalah informasi anda perlu tanyakan kepada pakar atau klinik yang bertauliah yang merawat anda. Sebaiknya dari klinik yang sama di tempat anda menjalani rawatan bagi memahami kaedah penjagaan selepas tanam rambut dengan berkesan. 

 

Seperti yang anda sedia tahu, terdapat beberapa rawatan tanam rambut yang sesuai untuk masalah anda.

 

Secara umumnya, terdapat 3 jenis prosedur utama daripada rawatan ini iaitu:

  • meluaskan atau mengecilkan jaringan kulit kepala, dan
  • juga menanam rambut asli atau 
  • menanam rambut sintetik.

 

Walaupun semua orang boleh melakukan prosedur rawatan menanam rambut, tanpa mengira usia atau jantina. Namun ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu iaitu:

  • Jumlah rambut yang sihat di kulit kepala
  • Jumlah rambut tidak sihat di kulit kepala
  • Kemampuan menumbuhkan rambut di kulit kepala
  • Kawasan kulit kepala yang perlukan rawatan

 

Biasanya rawatan implan rambut mengambil masa 4 hingga 8 jam, bergantung kepada tahap keterukan masalah rambut seseorang. Semakin banyak jumlah rambut akan ditanam, semakin lama prosedur ini akan berlangsung dan semakin luas luka di bahagian kulit kepala anda.

 

Jadi antara penjagaan selepas tanam rambut yang popular adalah anda perlu pastikan anda menjaga kebersihan tempat luka tanam rambut daripada habuk atau kotoran. Patuhi nasihat doktor dan hanya gunakan produk yang dibekalkan oleh doktor yang merawat anda.

 

Selain daripada itu, penjagaan selepas tanam rambut yang lain mengatakan bahawa anda perlu mengikut nasihat doktor terutama dari segi pemakanan dengan sebaik mungkin kerana bagi mendapat hasil rambut yang tumbuh dengan baik, seseorang itu mungkin perlu menunggu 6 hingga 9 bulan untuk melihatnya tumbuh subur. Dan ini memerlukan anda untuk mengambil makanan dengan nutrisi yang baik.

 

Disebabkan ada kemungkinan juga rambut yang baru ditanam itu boleh tercabut atau tertanggal dengan sendiri, penjagaan selepas tanam rambut seperti cara menyikat dan membersihkan rambut perlu dilakukan dengan betul seperti yang ditunjuk dan dinasihatkan oleh doktor. Kegagalan anda mematuhi kaedah penjagaan selepas tanam rambut akhirnya akan merumitkan lagi usaha untuk mengembalikan rambut yang hilang.

 

Penjagaan selepas tanam rambut amat penting kepada anda yang memilih rawatan ini. Ini kerana terdapat juga beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku apabila anda menjalankan prosedur tanam rambut ini seperti:

  • Mengalami kegatalan dan bengkak kulit serta kesukaran menelan makanan disebabkan kesan ubat bius.
  • Semasa prosedur tanam rambut, anda mungkin akan mengalami kondisi takikardia atau degup jantung terlalu laju namun ia hanya bersifat sementara dan boleh dirawat. Selepas prosedur implan rambut, anda juga boleh mengalami kondisi folikulitis atau infeksi akibat luka tanaman atau jahitan pada kulit kepala yang menerima rawatan.
  • Rambut mungkin nampak tidak semulajadi disebabkan graf penempatan atau penanaman rambut yang tidak tepat.

 

Di bawah merupakan sedikit penerangan tentang kaedah rawatan tanam rambut yang mungkin membantu anda.

 

Rawatan tanam rambut yang juga dikenali sebagai transplantasi rambut adalah prosedur pembedahan untuk mengeluarkan folikel rambul dari mana-mana bahagian badan dan menanamnya semula ke kawasan yang kekurangan rambut atau kawasan yang tidak mempunyai rambut. 

 

Proses ini dikenali sebagai Transplantasi Rambut Follicular. Rawatan ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua jenis prosedur iaitu Transplantasi Unit Follicular (FUT) atau Follicular Unit Extraction (FUE).

 

Transplantasi Unit Follicular(FUT) adalah teknik pemindahan yang melibatkan kumpulan yang terdiri daripada satu hingga empat helai rambut yang dikenali sebagai unit folikel. Teknik ini melibatkan penanaman unit folikel di kawasan sasaran melalui pembedahan stereomikroskopik. Kaedah ini akan meninggalkan parut halus apabila tepi luka ditutup. Unit-unit folikel ini terdiri daripada kelenjar sebum, otot kecil dan rambut vellus halus yang kadang-kala dikeluarkan dari kawasan penderma rambut dan dimasukkan ke kawasan penerima iaitu kawasan yang mengalami penipisan rambut atau botak. 

 

Bagi prosedur Follicular Unit Extraction(FUE) pula, ianya merupakan prosedur invasif yang minimum kerana ia melibatkan pengambilan unit folikel individu dari kawasan penderma, sehelai rambut tanpa pembedahan. Doktor akan menuai unit folikel dan menanamnya semula di kawasan botak. FUE tidak meninggalkan kesan luka donor linear seperti kaedah FUT. FUE seringkali akan digunakan kepada pesakit yang telah mempunyai parut yang banyak dan kulit yang tidak sesuai untuk prosedur FUT.

 

Penjagaan selepas tanam rambut yang terakhir di sini adalah anda haruslah mendapatkan rawatan dari doktor profesional yang sama untuk memastikan anda mendapat rawatan dan penjagaan selepas tanam rambut yang selamat dan terbaik. Kerana doktor yang telah merawat anda paling memahami situasi dan keadaan semasa anda. 

 

Penting untuk diingat, kerana terdapat risiko yang mungkin timbul jika rawatan tersebut dilakukan oleh pengamal kesihatan yang tidak bertauliah. Seperti kebarangkalian untuk ubat bius akan teralih ke kawasan lain, yang boleh menyebabkan muka anda bengkak dan lumpuh, pembuluh darah pecah dan juga pembentukan darah beku. Jika ini berlaku, jangan berlengah pergi mendapatkan rawatan kecemasan.

 

Rawatan ini juga mungkin memberi kesan seperti rasa sakit dan bengkak selepas prosedur selesai. Anda juga akan diberi ubat-ubatan untuk mengatasi masalah ini, termasuklah antibiotik untuk mengelakkan risiko jangkitan, ubat anti keradangan untuk mengurangkan bengkak dan juga vitamin serta tonik rambut. 

 

Bagaimanapun, kebanyakan pesakit biasanya akan pulih dan boleh kembali bekerja beberapa hari selepas pembedahan dilakukan jika mengamalkan penjagaan selepas tanam rambut dengan betul.

 

Sebahagian rambut akan gugur dalam tiga minggu pertama selepas rawatan. Tapi anda tidak perlu risau kerana hanya bahagian atas rambut sahaja yang gugur. Ia akan meninggalkan akar rambut di dalam liang roma. Akar rambut inilah yang akan menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang lain. 

 

Jadi, semoga penjagaan selepas tanam rambut yang kami bentangkan di sini dapat membantu anda untuk lebih bersedia dan sebagai panduan bagi rawatan tanam rambut yang bakal anda jalani. 


Dengan penjagaan selepas tanam rambut ini juga, diharapkan anda akan memperoleh hasil yang nampak lebih semulajadi dengan kadar pertumbuhan yang lebih lebat dan cepat berbanding rawatan alternatif yang lain.

Be More Confident Today!

Stay sharp. Get help from leading experts.

DR RUZ HAIR TRANSPLANT

Klinik Interclinic

No 7, Ground Floor, Jalan USJ 21/10, USJ 21, 47630 Subang Jaya, Selangor

Whatsapp 010-3819800

Facebook @DrRuzHAirTransplant

Instagram @DrRuzHairTransplant

 

dr ruz hair transplant senyum berambut kecik

Copyright © 2022 HairTransplant.my