Tips Tanam Rambut
Anda sudah buat keputusan untuk menanam rambut. Di sini dikongsikan tips tanam rambut buat anda. Seperti yang kita sedia maklum, rambut merupakan mahkota buat wanita dan tak kurang pentingnya juga sebagai pelengkap penampilan bagi kaum lelaki. Jadi memiliki rambut yang sihat dan menarik adalah sangat penting.
Antara tips tanam rambut yang penting adalah anda perlu mencari pakar atau klinik yang bertauliah bagi melakukan operasi tersebut. Ini kerana anda perlu mengetahui beberapa rawatan yang sesuai untuk masalah anda.
Secara umumnya, terdapat 3 jenis prosedur utama daripada rawatan ini iaitu:
- meluaskan atau mengecilkan jaringan kulit kepala, dan
- juga menanam rambut asli atau
- menanam rambut sintetik.
Walaupun semua orang boleh melakukan prosedur rawatan menanam rambut, tanpa mengira usia atau jantina. Namun ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu iaitu:
- Jumlah rambut yang sihat di kulit kepala
- Jumlah rambut tidak sihat di kulit kepala
- Kemampuan menumbuhkan rambut di kulit kepala
- Kawasan kulit kepala yang perlukan rawatan
Biasanya rawatan implan rambut mengambil masa 4 hingga 8 jam, bergantung kepada tahap keterukan masalah rambut seseorang. Semakin banyak jumlah rambut akan ditanam, semakin lama prosedur ini akan berlangsung.
Jadi antara tips tanam rambut yang popular adalah anda perlu mempersiapkan diri anda dan pastikan anda sudah makan dan minum secukupnya kerana prosedur ini memerlukan masa yang agak panjang.
Selain daripada itu, tips tanam rambut yang lain mengatakan bahawa anda perlu mengikut nasihat doktor dengan sebaik mungkin kerana bagi mendapat hasil rambut yang tumbuh dengan baik, seseorang itu mungkin perlu menunggu 6 hingga 9 bulan untuk melihatnya tumbuh subur.
Ada kemungkinan juga rambut yang baru ditanam itu boleh tercabut atau tertanggal dengan sendiri, dan akhirnya merumitkan lagi usaha untuk mengembalikan rambut yang hilang.
Tips tanam rambut di bawah juga tak kurang pentingnya kepada anda yang memilih rawatan ini. Ini kerana terdapat juga beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku apabila anda menjalankan prosedur tanam rambut ini seperti:
- Mengalami kegatalan dan bengkak kulit serta kesukaran menelan makanan disebabkan kesan ubat bius.
- Semasa prosedur tanam rambut, anda mungkin akan mengalami kondisi takikardia atau degup jantung terlalu laju namun ia hanya bersifat sementara dan boleh dirawat. Selepas prosedur implan rambut, anda juga boleh mengalami kondisi folikulitis atau infeksi akibat luka tanaman atau jahitan pada kulit kepala yang menerima rawatan.
- Rambut mungkin nampak tidak semulajadi disebabkan graf penempatan atau penanaman rambut yang tidak tepat.
Tips tanam rambut kami yang seterusnya mengatakan bahawa, sebelum anda menjalankan operasi ini, pastikan anda berbincang dahulu keadaan kesihatan anda atau apa-apa kebimbangan dengan doktor pakar yang merawat anda. Ini bukan sahaja membantu doktor untuk mempersiapkan anda dengan lebih baik, malahan perkara-perkara yang tidak diingini dapat dikenal pasti dan ditangani lebih awal.
Selain daripada itu, tips tanam rambut yang lainnya adalah penting untuk anda membuat sedikit kajian dan pembacaan tentang bagaimana prosedur ini dijalankan. Ini bukan sahaja dapat membantu anda dari perasaan gugup dan takut, malahan membantu anda untuk lebih bersedia ketika berbincang dengan doktor tentang rawatan anda.
Di bawah merupakan sedikit penerangan tentang kaedah rawatan tanam rambut yang mungkin membantu anda.
Rawatan tanam rambut yang juga dikenali sebagai transplantasi rambut adalah prosedur pembedahan untuk mengeluarkan folikel rambul dari mana-mana bahagian badan dan menanamnya semula ke kawasan yang kekurangan rambut atau kawasan yang tidak mempunyai rambut.
Proses ini dikenali sebagai Transplantasi Rambut Follicular. Rawatan ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua jenis prosedur iaitu Transplantasi Unit Follicular (FUT) atau Follicular Unit Extraction (FUE).
Transplantasi Unit Follicular(FUT) adalah teknik pemindahan yang melibatkan kumpulan yang terdiri daripada satu hingga empat helai rambut yang dikenali sebagai unit folikel. Teknik ini melibatkan penanaman unit folikel di kawasan sasaran melalui pembedahan stereomikroskopik. Kaedah ini akan meninggalkan parut halus apabila tepi luka ditutup. Unit-unit folikel ini terdiri daripada kelenjar sebum, otot kecil dan rambut vellus halus yang kadang-kala dikeluarkan dari kawasan penderma rambut dan dimasukkan ke kawasan penerima iaitu kawasan yang mengalami penipisan rambut atau botak.
Bagi prosedur Follicular Unit Extraction(FUE) pula, ianya merupakan prosedur invasif yang minimum kerana ia melibatkan pengambilan unit folikel individu dari kawasan penderma, sehelai rambut tanpa pembedahan. Doktor akan menuai unit folikel dan menanamnya semula di kawasan botak. FUE tidak meninggalkan kesan luka donor linear seperti kaedah FUT. FUE seringkali akan digunakan kepada pesakit yang telah mempunyai parut yang banyak dan kulit yang tidak sesuai untuk prosedur FUT.
Tips tanam rambut seterusnya ini adalah antara yang paling penting! Anda mestilah sudah membuat persiapan yang secukupnya dari segi kewangan. Ini kerana tanpa kewangan yang mencukupi, anda tidak boleh membuat keputusan yang terbaik untuk kaedah serta klinik yang terbaik bagi anda melakukan rawatan. Sebaik-baiknya, anda perlu memperuntukkan sejumlah wang bagi perkara-perkara tak di duga selain daripada kos rawatan tanam rambut itu sendiri.
Penting untuk anda mengetahui bahawa kos rawatan ini bergantung kepada dua perkara. Salah satunya ialah teknik yang terlibat semasa doktor mengambil rambut sama ada di bahagian “donor” area atau dari belakang kepala. Ia juga bergantung juga kepada jumlah rambut yang di ambil oleh doktor. Kos purata untuk prosedur ini sama ada teknik FUT atau FUE adalah dalam lingkungan RM6 sehingga RM12 bagi setiap folikel rambut yang terlibat.
Tips tanam rambut yang terakhir di sini adalah anda haruslah mendapatkan rawatan dari doktor profesional yang sah untuk memastikan anda mendapat rawatan tanam rambut yang selamat. Kerana pada masa ini terdapat banyak pusat kecantikan menawarkan rawatan tanam rambut pada harga yang sangat murah.
Namun, terdapat risiko yang mungkin timbul jika rawatan tersebut dilakukan oleh pengamal kesihatan yang tidak bertauliah. Seperti kebarangkalian untuk ubat bius akan teralih ke kawasan lain, yang boleh menyebabkan muka anda bengkak dan lumpuh, pembuluh darah pecah dan juga pembentukan darah beku.
Rawatan ini juga mungkin memberi kesan seperti rasa sakit dan bengkak selepas prosedur selesai. Anda juga akan diberi ubat-ubatan untuk mengatasi masalah ini, termasuklah antibiotik untuk mengelakkan risiko jangkitan, ubat anti keradangan untuk mengurangkan bengkak dan juga vitamin serta tonik rambut. Bagaimanapun, kebanyakan pesakit biasanya akan pulih dan boleh kembali bekerja beberapa hari selepas pembedahan dilakukan.
Sebahagian rambut akan gugur dalam tiga minggu pertama selepas rawatan. Tapi anda tidak perlu risau kerana hanya bahagian atas rambut sahaja yang gugur. Ia akan meninggalkan akar rambut di dalam liang roma. Akar rambut inilah yang akan menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang lain.
Kadangkala, anda mungkin akan dapat lihat beberapa kerak yang terbentuk di sekitar setiap folikel selepas prosedur dan biasanya ia akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk sembuh. Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa sekitar tujuh hingga sepuluh hari selepas prosedur.
Bagi pesakit yang telah melalui transplantasi, rambut akan terus tumbuh di kawasan yang dipindahkan. Antara faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan rambut termasuklah kelewatan kulit kepala iaitu bagaimana longgar kulit kepala anda, ketumpatan folikel di zon yang dipindahkan, folikel yang berkaliber atau berkualiti dan juga rambut curl.
Kebiasaannya doktor akan menggunakan minoksidil atau propecia iaitu ubat pertumbuhan rambut untuk memperbaiki pertumbuhan semula rambut yang dipindahkan.
Jadi, semoga tips tanam rambut yang kami bentangkan di sini dapat membantu anda untuk memilih serta bersedia untuk rawatan tanam rambut yang bakal anda jalani. Dengan tips tanam rambut ini juga, diharapkan anda akan memperoleh hasil yang nampak lebih semulajadi dengan kadar pertumbuhan yang lebih lebat dan cepat berbanding rawatan alternatif yang lain.