Kebotakan Androgenetic Alopecia
Kebotakan Androgenetik Alopecia biasa berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Dijangkakan 50 peratus lelaki mengalami Kebotakan Androgenetik Alopecia pada umur tertentu. Kebotakan Androgenetik Alopecia memberi impak psikososial yang penting kepada yang mengalaminya.
Patofisiologi asas Kebotakan Androgenetik Alopecia adalah melibatkan proses pengecilan folikel rambut kulit kepala di kawasan spesifik yang berpunca oleh kecenderungan genetik yang juga berkaitan dengan hormon. Bukti terkini menunjukkan bahawa sejenis hormon yang dipanggil dihydrotestosterone (DHT) adalah hormon yang dimaksudkan. Pada masa ini, satu-satunya agen farmakologi yang terbukti secara saintifik berkesan ialah pengambilan ubat makan yang bernama Finasteride dan ubat yang di sapu atas kulit yang bernama Minoxidil. Rawatan Hair Transplant adalah pilihan untuk individu tertentu. Kecuali Hair Transplant, rawatan ubatan yang ada sekarang ini hanya bertindak mengawal tetapi tidak menyembuhkan.
Definisi
Kebotakan Androgenetik Alopecia adalah keadaan yang ditentukan oleh faktor genetik yang menyebabkan rambut menjadi sensitif kepada hormon DHT lalu menyebabkan rambut menjedi semakin kecil dengan corak tertentu dan kebotakan yang semakin luas berlaku pada lelaki dan wanita.
Ciri Fizikal
Ciri yang penting adalah rambut yang tebal menjadi semakin halus dan pendek dipanggil rambut velus di kawasan depan dan belakang. Ia bermula selepas akil baligh dan menjadi jelas selepas umur 17 bagi lelaki dan 25-30 bagi wanita. Bagi bangsa Asia,secara umumnya Kebotakan Androgenetik Alopecia berlaku lebih lewat berbanding bangsa Eropah. Oleh kerana keadaan boleh ini menganggu emosi dan psikologi seseorang, pemeriksaan Doktor yang berpengalaman sangat penting agar rawatan yang tepat dan berkesan dapat diberikan untuk mengawal dan merawat masalah ini.